Dirikan Masjid, Makan Halal Tapi Berhibur Dengan Hiburan Mungkar? – MIHAS 2016 Talks Session




“Apakah ada istilah “hiburan halal”? Jika ada yang mengatakan
hiburan mungkar maka pasti adalah istilah lawannya iaitu hiburan halal, bukan
begitu?”

Namun begitu ianya bergantung kepada konsep jawapan yang
dimaukan oleh pihak-pihak yang bertanya kerana jawapannya juga pelbagai.
Jawapan ini boleh dijawab secara ilmu nyata atau secara siratan sepertimana
yang diamalkan oleh pengamal Islam secara tasawuf.
Secara ilmu, memang hiburan bukanlah satu sektor industri yang
dikaitkan dengan makanan atau minuman kepada umat Islam. Ianya bukan satu
bentuk perkhidmatan seperti khidmat pembersihan kawasan, membina bangunan,
ataupun khidmat doktor, arkitek dan lain-lain yang diperlukan oleh umat Islam
dan umat lain.
Secara siratan pula, hiburan adalah fitrah kepada manusia
yang dicipta Allah untuk menguji dan melatih kita menggunakan pertimbangan
nafsu, akal dan iman. Berjayanya kita mengawal dan menguruskan aspek-aspek ini
maka berjayalah kita menjadi khalifah kepada diri kita sendiri dan menjadi
panduan kepada keluarga dan generasi kita.
 Secara mudahnya, hiburan adalah makanan jiwa dan roh. Hiburan dalam Islam bukanlah berbentuk hiburan yang kosong dan sia-sia, ianya adalah hiburan yang berbentuk pendidikan nurani setiap insan.

Kenapa MESTI HALAL? 

Halal adalah salah satu daripada
hukum Islam. Halal adalah sesuatu perkara, benda, atau perbuatan yang
diizinkan dan dibolehkan. Sebagai contohnya, berjalan, tidur, meniduri isteri,
makan haiwan yang telah disembelih dengan nama Allah. Istilah ini dalam
kosakata sehari-hari lebih sering digunakan untuk merujuk kepada makanan dan
minuman yang diizinkan untuk dijualbeli menurut Islam.
Sedangkan dalam konteks yang
lebih luas istilah halal merujuk kepada segala sesuatu yang diizinkan menurut
hukum Islam (aktiviti, tingkah laku, cara berpakaian dan lain-lain).

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. – (Al-Baqarah 2:168)

Halal memang banyak diperkatakan tentang makanan. Namun
begitu, pengamal tasawuf juga mengatakan bahawa yang memerlukan makanan itu
bukan sahaja tubuh badan tetapi juga roh yang memilik jiwa, hati dan nurani
setiap insan. 
 Justeru, bukan saja tubuh atau jasad sahaja yang perlu
diberikan makanan halal sebaliknya jiwa dan hati serta nurani juga perlu
diberikan makanannya dalam bentuk ilmu dan hiburan.

Hiburan diperlukan apabila ada orang yang kecewa, resah,
risau, takut, hilang semangat, marah dan memerlukan kasih-sayang. Ilmu diperlukan bagi orang yang merasakan mereka bodoh atau tidak berpengetahuan. Takrif
hiburan yang utama adalah dengan membaca dan mengamalkan kitabullah atau Al-Quran,
menyebut nama-nama dan sifatullah yang dipanggil juga zikirullah, memberi salam
dan selawat kepada Nabi besar junjungan kita Muhammad SAW (qasidah/berzanji)
dan doa-doa amalan nabi-nabi dan ulama.
Hiburan dalam Islam adalah lebih kepada pendidikan atau
hiburan mendidik jiwa. Hiburan konsep inilah merupakan makanan kepada jiwa umat
Islam. Makanan nyata untuk tubuh dan jasad, makanan amalan hiburan mendidik
jiwa inilah makanan halal kepada pembangunan jiwa umat Islam – kasih-sayang,
semangat jihad dan iman! Wallahualam.

Cabaran Hiburan Zaman
Ini

Harus kita akui bahawa sejak beberapa dekad ini kita umat
Islam menghadapi masalah untuk menafsirkan hiburan ini samada halal, haram atau
subhah. Cabaran lebih tertumpu kepada pemimpin negara atau pemimpin agama (Ulama’,
mufti, kadi, ustaz, ibu bapa) samada umat Islam itu merupakan penduduk dominan
ataupun tidak bagi sesebuah negara, iatu bagaimana untuk menafikan selamanya masalah
kepesatan dan perkembangan hiburan mungkar menjadi punca utama keruntuhan moral
akhlak dan akidah?
Masih adakah lagi ulama, mufti, kadi, ustaz dan para
cendiakawan Islam menafikan masalah ini? Masih adakah lagi yang masih mahu terus
berbalah dan berpegang pada hadis sahih Buhari yang mengharamkan muzik dalam
Islam? Masih adakah lagi yang menentang fatwa Ulama moden yang tidak
mengharamkan muzik? Adakah kita masih mahu kekal di tahap ini sedangkan
golongan penentang atau musuh Islam yang jelas dalam Al-Quran dibiarkan berleluasa
menghancurkan akidah umat Islam dengan hiburan?

“Ikuti sesi “Talks
Session – Halal Entertainment Perspective” di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia
– MIHAS pada 1 April 2016 sempena dengan World Halal Conference 2016 jam 3
hingga 3;30 petang bersama moderatornya dan ahli-ahli panel yang berkelayakan
dan mahir dalam industri halal dan hiburan. Anda semua tidak kira latarbelakang
dari industri hiburan atau peminat/pengikut juga boleh mengemukakan pandangan
dalam bentuk artikel atau kertarkerja kepada kami di info@islamictunes.net tiga hari sebelum
tarikh Talks Session ini diadakan bagi tujuan pengurusan. – Anjuran MIHAS/IslamicTunes”
 

 

MUZIK ISLAM

Muzik merupakan bahasa jiwa manusia.

Yang jelas diharamkan (mengikut hadis sahih) adalah alat muzik.
Memandangkan muzik adalah elemen terpenting dalam hiburan, adalah relevan muzik
kita kaitkan dengan hiburan. Muzik merupakan bahasa jiwa manusia. Lihat saja
filem Charlie Chaplin walaupun tanpa suara tetapi masih menggunakan muzik untuk
menimbulkan rasa jiwa baik marah, lawak dan sedih atau gembira. Muzik adalah
bunyi yang telah dinadakan mengikut standard dan prosedurnya yang digunapakai
dalam industri muzik seluruh dunia. Ada alat muzik yang mengeluarkan bunyi
tetapi tidak menggunakan nada yang sama, contoh Sape kini sedang dimodenkan
untuk mengikut standard dan prosedur ini, iaitu memberikan nada nota.

– Bunyi adalah ciptaan Allah. Semua jenis bunyi baik dari
makhluk atau alam itu datangnya dari Allah. Jika kita mengEsakan Allah, maka lebih baik kita lihat,
tumpu dan perhatikan kepada masalah besar yang melanda umat Islam sekarang
iaitu serangan hiburan mungkar yang mengakibatkan kita hilang malu, hilang
budaya dan hilang akidah! –

Masakini dan mendatang, muzik juga hilang identitinya kerana saudagar-saudagar mungkar berada di hujung jari untuk membuat muzik, merakam video dan menulis buku serta melukis grafik. Internet, media social, gajet, aplikasi mobile dan web juga digital serta komunikasi satellite menjadi platform kepada saudagar-saudagar yang memperdagangkan nafsu-nafsi yang jelas menentang segala bentuk moral dan akhlak serta akidah kepada semua golongan manusia.

Saya harap artikel ini menjawap soalan-soalan yang ditujukan
kepada saya secara peribadi atau dalam mana-mana social media, blog atau di
portal rasmi IslamicTunes .
Saya buka komen dan pandangan bagi penambahbaikan artikel ini pada masa
hadapan, insyaaAllah. Yang salah itu dari saya sebagai insan yang lemah dan kurang berpengetahuan, yang benar itu hanyalah Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

SALAMUNALAIK buat Nabi Muhammad Saw, keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan semua umat manusia. Terima kasih.

– Haji Rozman Abas, Pengasas IslamicTunes







Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *