gig@islamictunes Siri 13 | CABARAN SUMBER MODAL PENGGIAT NASYID DAN ACARA ISLAMIK

Assalamualaikum WBT dan selamat bertemu kembali dalam siaran gig@islamictunes atau #gigIT Siri 13. InsyaaAllah! Mohon support dari umat Islam semua utk terus saksikan acara live streaming ini dan rakaman siri-siri sebelum ini di page utama kami di: –

https://www.facebook.com/islamictunes/
https://www.youtube.com/c/IslamictunesNet
https://www.facebook.com/loonaqrecords/

Tetamu gigIT kali ini adalah: –

  1. TUAN HAZAMIN INTEAM – Founder dan Pengarah label records INTEAM DIGITAL;
  2. SDR. ABDI SYAH MUCHTAR – Pengusaha Medina Event Management/Pendiri Rumah Munsyid Indonesia;
  3. SAFF ONE – penasyid Malaysia dalam segmen ‘new release’.
  4. TUAN FYZUL ADZWAN MUSTAPHA KAMAL – Penerbit Animasi SuperJo/Pengarah Salam Jumaat Production.

Tidak dapat dinafikan bahawa populariti adalah keperluan bagi setiap pembikin konten bagi membuat ilham dan kreativitinya atau doktrin serta pandangannya disebar luas kepada seberapa ramai orang di dunia ini. Memetik kata Ustaz Munif Hijjaz dalam siaran gig@islamictunes atau gigIT siri 4 yang lalu, hasrat semua pelaku konten adalah sama, baik artis, selebriti, munsyid, daei bahkan ustaz dan ulama pun ingin menjadi popular! Dan akhirnya semua terjebak dalam kelompok yang ingin menjadi sebahagian pihak yang meraih kek ekonomi industri kreatif ini!

Bila bercerita tentang ekonomi, sudah tentulah ianya akan menyentuh tentang modal, baik kewangan mahupun bakat atau kemahiran. Untuk pasaran Muslim, kita sudah mempunyai bakat dan kemahiran ini namun untuk berkembang lebih pesat, sesuatu kaedah pecutan (acceleration) haruslah digerakkan untuk bersaing dengan kategori atau genre terbuka. Masalahnya adalah MODAL.

International Federation of the Phonographic Industry (IFPI), sebuah badan persatuan industri muzik rakaman dunia melaporkan nilai dagangan hasil rakaman muzik dunia (termasuk audio video) pada tahun 2020 adalah sebanyak USD 21.6 billions, dan dijangka akan mencecah USD40 billion pada tahun 2026.

Pecahan terbesar pendapatan ini datangnya dari hasil pendapatan digital dan streaming, hasil kutipan royalti persembahan awam, copyright publishing, dan amat sedikit dari jualan fizikal serta merchandise. Nilai ini tidak termasuk pendapatan dari hasil persembahan!

International Federation of the Phonographic Industry (IFPI), sebuah badan persatuan industri muzik rakaman dunia melaporkan nilai dagangan hasil rakaman muzik dunia (termasuk audio video) pada tahun 2020 adalah sebanyak USD 21.6 billions, dan dijangka akan mencecah USD40 billion pada tahun 2026.

Sudah tentulah hasil pendapatan tersebut ada yang datang dari hasil konten Islamik, namun malangnya kita tidak punyai platform digital database yang tersendiri bagi membuktikan analisa ini. Kita hanya menumpang di atas platform popular yang tidak serius memberi nilai tambah yang baik bagi kategori ini.

Sedangkan bagi menarik kalangan pelabur besar dan sponsor besar, sudah pastinya database ini diperlukan bagi membuktikan keupayaan atau daya tarik konten Islamik sehingga mereka membuat keputusan bagi membuat sesuatu pelaburan atau kolaborasi bagi projek-projek pembikinan konten mahupun perlaksanaan event.

Justeru walapuun digitalisasi ini telah menyebabkan perniagaan muzik, audio dan video serta filem berubah 360° dan terbuka luas kepada semua walau di mana berada, malangnya industri ini dikuasai oleh platform digital dan streaming yang bercampur baur dengan konten-konten yang tidak sesuai untuk tontonan, pembacaan dan pendengaran kalangan Muslim.

Di sebalik pemain-pamain industri kreatif yang mensasarkan pasaran Muslim mula bertambah dan berkembang tanpa batasan, namun produksi secara individu amatur, selebriti atau kumpulan kecil (indie) yang hanya bertujuan mengaut keuntungan monetizing yang sistemnya disedia dan ditetapkan oleh kalangan teknokrat dan korporat yang menguasai atau memiliki hampir semua platform popular dunia sudah tentulah tidak mampu bersaing dengan kategori konten yang lain.

Lebih malang lagi, kategori atau genre Islamic Music atau Nasyid tidak dimasukkan dalam kategori bila kita membuat pendaftaran kepada platform digital dan streaming ini, kita hanya boleh membuat tag atau hashtag yang kurang berkesan bagi membina keyword yang kuat bagi menarik algoritma berfungsi dengan cepat dan tepat, khususnya dalam teknologi Artificial Intelligence (AI).

Tidak tergiurkan pelabur-pelabur Muslim terhadap nilai ekosistem industri ini? Tidak terpandangkah nilai dakwah yang boleh disebar dan nilai kebaikannya untuk menjaga akidah dan akhlak ummah menerusi syair dan muzik serta audio video? Apakah kita hanya memikirkan tentang halal haram syubhah itu hanya tentang makanan dan cara hidup semata, sedangkan membiarkan makanan jiwa diberikan yang haram dan lagho?

Kemanakah CSR dibelanjakan oleh syarikat diberikan HALAL?

Ironinya, nilai dagangan tahunan HALAL telah mencapai lebih dari USD1 trillion. Namun ianya seperti tidak dapat dikecapi bersama oleh para penggiat nasyid, hiburan dan industri kreatif yang dihasilkan untuk pasaran Muslim. Jadi persoalannya ke manakah CSR keuntungan yang diperolehi dalam sektor halal itu? Adakah pihak penguasa Halal tidak menganggap konten-konten siaran di pelbagai medium platfrom digital dan streaming termasuk di pelbagai jenis peranti gajet bukan masalah yang berakar-umbi dari sektor ekonomi bagi membangunkan seni budaya Islam? Adakah kita rasa sudah cukup usaha untuk menyediakan makanan halalm namun untuk berhibur kita boleh lihat, tonton dan dengar apa saja walaupun tak sesuai dengan syariah?

Isu ini kita akan mula bincangkan secara kecil-kecilan, jika ada feedback yang bagus, insyaaAllah kita akan bawa pemain-pemain bersifat makro namun masih belum menjiwai isu ini ke tahap seterusnya. Bukannya tidak ada usaha dari individu, label record dan event organiser yang fokus kepada pembikinan dan acara Islamik namun setakat manakah pihak-pihak kecil ini dapat bertahan dan berterusan tanpa melibatkan usaha perniagaan lain bagi menampung kos modal ini?

Mana Pelabur individu atau institusi Creative Content Industry?

Sebenarnya artikel ini adalah tentang suatu terlepas pandang oleh umat Islam terutamanya kepada Pelabur individu atau institusi iaitu kenapa tiada usaha pelaburan dari kalangan hartawan dan pelabur Muslim untuk menyertai perdagangan ini yang secara langsung menjadi usaha dakwah memudahkan penyebaran konten yang khusus untuk pendengar, penonton dan pembaca Muslim?

Masalah yang utama tentulah tentang ketidakadilan dalam pembahagian hasil atas dagangan konten tersebut antara pembuat/pemilik konten dengan pedagang teknologi dan pelabur platform yang memegang hak utama hasil pengiklanan dan ledakan (boosting) pemasaran; namun artikel ini tidak akan memanjangkan isu ini kerana memang terdapat usaha-usaha dari pihak tertentu di peringkat dunia digital yang sedang cuba merungkaikan ketidak adilan ini. Isu yang besar juga berlegar tentang hakcipta dan hak siaran awam, juga akan dibincangkan dalam siri lain, insyaaAllah! 

#islamictunes #loonaqrecords #tvtarekat #nasyid #zikir #sholawatan #Mawlid #music #streaming #entertainment #muslimpreneurs #haramain #rindu #gigIT #gigIslamicTunes


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *