GigIT adalah acara online streaming hiburan Islamik yang bertujuan membangun dan memartabatkan pembuat konten-konten hiburan yang patuh syariah dan “halal” untuk pengisian makanan jiwa umat Muslim.
Tonton live streaming ini di:-
Untuk siri ketiga ini, kita menganjak sedikit kepada isu-isu pembangunan konten nasyid masakini. Apakah nasyid perlu berubah? Adakah perlu nasyid ditakrif semula? Adakah nasyid sudah hilang keasliannya?
Dari nasyid zikir, selawat dan alunan-alunan doa klasik bertaranum tradisional, irama orkes, kontemporari hingga modenisasi masakini, tidak banyak penyelidikan yang bersifat empirikal diterbit dan disebarkan atau diperbincangkan tentang isu ini, ataupun umat Islam tidak memperdulikan isu ini lantaran beranggapan seni hiburan tidak menjadi ancaman kepada pembangunan ketamadunan generasi Muslim?!!
Nasyid termasuk qosidah, berzanji, hadrah, marwalis, nazam dan lain-lain adalah lebih terbuka untuk masyarakat Islam umum dan digunakan dalam pelbagai majlis keagamaan atau keraian. Ianya masih terus digunakan walaupun era kontemporari yg dicetus Raihan dan rakan-rakan sezaman ketika itu sudah seakan tidak lagi kedengaran lagi.
Justeru, apakah nasyid sudah tewas kepada pop culture dan lain-lain genre musik yang lebih cepat trending hasil dari kemakmuran teknologi dan digitalsasi?
Nasyid juga diamati semakin jauh dari semangat dan roh para pendidik yang datang dari markas-markas ilmu seperti sekolah-sekolah pondok (ponpres) atau kumpulan2 tasawwuf, Sufi dan Tarekat serta kumpulan-kumpulan Pak Habib, menyebabkan karya-karya yang terhasil atau pembangunan seni budaya Islam seakan tidak lagi menjadi hiburan yang mendidik jiwa, namun lebih kepada untuk bersaing untuk mengatasi trend, nada, lirik dan irama genre-genre lain lebih popular.
Keasyikan para munsyid dan daei juga untuk berada dalam kelompok komersialisasi konten digital seakan menjadi sekatan bagi apa yang ditugaskan atau diamanahkan iaitu membawa dakwah syiar dari syair!
Apakah kelesuan ini menjadikan nasyid sudah tidak lagi relevan justeru melihat perkembangan konten nasyid seolah mengidolakan budaya pop (pop culture)?
Adakah nasyid sudah hilang arahnya? Atau tewas pada generasi budaya pop?
Mari kita tonton dan mendengar apa kata Ahli-ahli Panel dalam siri ketiga gigIT kali ini iaitu:-
1. NABIL AHMAD (Timbalan Pengarah JAKIM/Ahli kumpulan Nasyid FAR EAST, Motivator dari Malaysia);
2. TG FEKRI JULIANSYAH – Penceramah Bidang Tasawwuf dan Sufi dari Aceh);
3. SDR. FARH FARHAN – Munsyid/komposer dari Thailand);
4. SDR. AWAN ALBANA – Founder Nasyidpro Indonesia/aktivis Nasyid Palembang.
ARTIS & MUSYID yang akan membuat persembahan live adalah: –
FATRIANATA – artis relegi dari Bandung, Indonesia; dan
KUMPULAN KOMPANG SYAFIKLIS MENARA – dari Pattani, Thailand.
Pembicara: Rosli@pakli (komposer/penulis lirik/penerbit);
Hos Jemputan: Tn Hj.Ghazali Hj.Hasan– Amir Pusat Pengembangan Kebudayaan Islam Patani (PUKIS), Thailand;
Hos: Leia Az-Zahra yang juga interview Umi dan Fatrianata tentang update kegiatan Festival Nasyid & Shalawat IslamicTunes, Jawa Barat – dan road to KL International Islamic Music Festival & Conference 2022.
#nasyid #islamictunes #tvtarekat #muzik #musik #sholawat #selawat #mawlid #popculture
Leave a Reply