Para personal grup NADA. (Dok. Istimewa) |
Seperti di Indonesia, para kreator musik di Malaysia juga selalu berinovasi untuk melahirkan karya lagu yang kreatif agar dapat diterima oleh para penikmat musik di manapun berada. Sejak dirilisnya lagu Sahabat Dunia Akhirat oleh grup NADA asal negeri jiran tersebut, keberadaannya tengah mendapat perhatian dari penikmat musik di Indonesia.
Untuk mengenal lebih dekat dengan NADA, Firdaus, salah seorang dari personalnya, pada hari Selasa 17/9/2019 saat kami wawancarai mengatakan, “Pesanan yang ingin kami sampaikan melalui lagu Sahabat Dunia Akhirat ini ialah kita perlu menghargai sahabat-sahabat kita. Bagaimana kita menghargai keluarga kita, begitulah juga kita harus menghargai sahabat kita, kerana selepas keluarga kita, orang yang paling penting ialah sahabat. Walaupun kita sudah terpisah dengan sahabat-sahabat kita, tetapi jangan sesekali kita melupakan mereka.”
“Kami mendapat inspirasi untuk menghasilkan lagu Sahabat Dunia Akhirat ini saat kami melihat realiti zaman sekarang, dimana kita sering bertemu dengan sahabat baik dan dipisahkan atas sebab-sebab, seperti melanjutkan pelajaran di universiti, ada yang memasuki alam pekerjaan dan sebagainya. Akan tetapi, walaupun kita telah terpisah dengan sahabat kita, tapi memori dan kenangan-kenangan indah bersama sahabat di waktu kecil tidak pernah dilupakan. Inilah yang menjadi inspirasi kami sehingga lagu ini terlahir. Lagu ini kami rilis di IslamicTunes pada awal September 2019,” kata Firdaus.
Seperti yang juga dikatakan oleh Firdaus, “Dalam lagu Sahabat Dunia Akhirat ini, kami menceritakan tentang kisah empat orang sahabat yang sentiasa bersama, walaupun mereka berempat mempunyai latar belakang yang berbeza-beza, tetapi mereka tetap ada untuk satu sama lain. Pada awal lagu, kami menceritakan berkaitan kenangan mereka berempat sewaktu di zaman persekolahan, di mana mereka sering melakukan aktiviti bersama-sama seperti bermain bola di padang, belajar di dalam kelas dan lain-lain aktiviti yang sering dilakukan oleh remaja di zaman persekolahan.”
“Chorus lagu ini berkaitan perasaan yang ingin disampaikan kepada sahabat kita, iaitu perasaan terima kasih kerana hadir dalam hidup, perasaan syukur kepada Tuhan dan betapa dia menghargai dan sentiasa mendoakan tentang sahabat tidak kira yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Sesuai dengan lagu ini, sahabat yang baik ialah sahabat yang sering mengikatkan kita tentang Tuhan dan ilmu pengetahuan berkaitan agama Islam, yang sering nasihat-menasihati dan tegur-menegur demi penambahbaikan diri kita sebagai hamba Allah,” kata Firdaus.
Para personal grup NADA. (Dok. Istimewa) |
Saat ini grup NADA mempunyai empat orang personal. Firdaus dan Ammar berasal dari Kedah, sedangkan Nik dan Solihin berasal dari Perak.
“NADA pada mulanya dibentuk dan didirikan di Bangi, Selangor, Malaysia dan telah terbentuk sejak tahun 2017. Atas bakat dan minat nasyid yang kami miliki, membuatkan kami bersatu untuk bersama membangun grup NADA. Nama NADA ini diambil dari perkataan ‘nada’ yang membawa maksud tone atau bunyi dalam musik dan nyanyian. Setiap manusia mempunyai nada suara yang berbeza-beza frekuensinya, dan itulah apa yang kami cuba sampaikan kepada masyarakat kini, walaupun kami berempat mempunyai nada suara yang berbeza, tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk kami berempat bergerak bersama-sama dan bergerak senada. Selain itu, nama NADA juga dipilih kerana sebutannya yang mudah untuk disebut oleh semua lapisan masyarakat, tidak mengira bangsa dan agama,” kata Firdaus.
Sebelum lagu Sahabat Dunia Akhirat, grup Nada pernah merilis lagu Erti Bahagia pada tahun 2017 lalu, kedua lagu ini ditulis oleh Imtiaz SIMFONI.
Para personal grup NADA. (Dok. Istimewa) |
“NADA tidak memfokuskan hanya pada satu genre muzik sahaja, bahkan kami akan terus mencuba sesuatu yang baru dari satu lagu ke satu lagu yang lain. Kami hanya fokus pada lirik yang berkonsepkan ketuhanan. Ini bermakna, kami akan cuba untuk menghasilkan pelbagai jenis dan genre muzik untuk lagu-lagu kami, tidak kira pop, rock, balada atau sebagainya, tetapi yang kami akan fokus adalah pada liriknya, iaitu lirik yang menyampaikan mesej ketuhanan dan keagamaan,” kata Firdaus.
Selain itu Firdaus juga mengatakan, “Antara aktiviti yang kami lakukan untuk mengukuhkan pertalian sesama ahli kumpulan ialah dengan mengcover lagu, dan juga perjumpaan kerap dan berjadual. Dalam sebulan sekurang-kurangnya kami akan berjumpa sekali atau dua kali.”
“Buat masa ini, NADA masih fokus pada aktiviti mempromosi lagu Sahabat Dunia Akhirat, seperti tampil live di televisi dan juga radio,” kata Firdaus.(*)
Leave a Reply