IslamicTunesNews | 10 AMALAN AHLI SYURGA

Photo by Bayu on Unsplash

Pertama:

Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

Kedua:

Tilawah Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat…

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.’dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka

Keempat:

Jaga solat duha, kerana kunci rezeki terletak pada solat duha.Yakinlah, manfaat solat duha sangat dasyat dalam mengundang rezeki…

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari.Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk doakan orng yng bersedekah subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda. Teman setia yng sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah..

Keenam:

Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa dalam solat walau ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, “ampuni dosanya dan sayangilah dia … Yaa Allah”.

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Kerana dengan istighfar Allah akan ampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini Allah akan ampun Hati yng penuh dng dosa akan menyebabkan nor hidayah Allah tidak akan menembusi hati yng disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dng istighfar pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk kelubuk hati kalian jadi apabila Nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan akan memandu kalian ke jalan syurga.

Kedelapan:

Berjalan ke majlis majlis ilmu dan zikir kerana disana malaikat sedang menanti untuk doakan mereka yng berada dalam majlis ilmu dan zikir dan janjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan kemajlis ilmu dan zikir maka rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.

Kesembilan:

Memberi makan kepada manusia atau binatang. Kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamu nya di sepanjang hidupnya

Kesepuluh:

Sebarkan salam kepada orng yng kita kenal atau pun kepada orng yang tidak kita kenal. Kerana dalam ucapan salam itu terkandung banyak rahsia yang tersimpan!


————————
Sebarkanlah ilmu ini dengan HP anda kerana HP yang kita miliki sangat ringan dibawa namun di akhirat akan menjadi berat timbangannya. Jangan sombong dan jangan kedekut! Sama-sama kita ingat-mengingati demi kemaslahatan ummah, insyaaAllah.  Sumber dari #viral #whatsapp.

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *