IslamicTunesNews | AFLIQ NASHEED ARTIS NASYID PERTAMA YANG MENGGUNAKAN BEAT BOX DI MALAYSIA



Terdampar kesepian ini tidak tahu mana negeri…, (mana negeri)

Tanpa handphone, laptop, wifi,teknologi…,
Aku kembali bertanya diri cari jalan komunikasi…, (komunikasi)
Tanpa facebook, twitter, youtube dan wiki.
~~Hasbunallahu Wani’mal Wakeel, Laa Haula Wala Quwwata Illa
Billah…….~~
Tersedar rahsia kasyaf dari jalan Ilahi…,
Menakluk minda citra insani…,
Dari ilmu fikir tauhid berseni…,
Isra Mikraj oleh Nabi…,
Misteri ilham dan juga gerak hati…,
Amalan sufi, sahabat dan wali…,
Jelajah yang dipercayai.
Al-Quran ditafsir untuk mencari-cari bukti hakiki…, (yang hakiki)
Bukan dikaji sebagai sumber inovasi…,
Cukupkah syariat sebagai makna insan dunia realiti…, (realiti)
Tauhid disoal bagaikan a,b,c,d…e.
Ilmu angkasa diteroka…,
Bagai ilusi dan animasi…,
Diwartakan sebagai sesat…,
Dan tersasar jika dikaji…,
Sedangkan musuh kita terus ke hadapan menguasai…,
Teknologi komunikasi digital dan satelit.
~~Hasbunallahu Wani’mal Wakeel, Laa Haula Wala Quwwata Illa
Billah…….~~
Inginku kembali cari jalan komunikasi…,
Talian kasyaf cinta dari Ilahi…,
Rahsia dari Quran dan sunnah Nabi…,
Cari tauhid yang berseni…,
Mari cari kasyaf cinta abadi…
Sebelum kiamat mendatangi…,
Terpenjara dimungkari.
Lirik diatas merupakan lagu dari kumpulan AFLIQ yang sangat fenomenal di
belantika music religi tanah air, terutama di IslamicTunes. Kenalkah sahabat
dengan kumpulan nasheed ini?
AFLIQ adalah sebuah kumpulan nasyid yang membawa konsep dakwah sambil
berhibur. Dianggotai oleh 5 orang anak-anak muda berbakat iaitu Miqdad, Deedat,
Ferhat, Izhar dan Amirul. Mereka pada asalnya adalah dari kumpulan Nasyid
“Fair Heart” dimana mereka bertemu ketika masing masing sedang
belajar di International Islamic College (IIC), Gombak. 
Aktif didalam persembahan-persembahan nasyid dan aktiviti nasyid
underground, mereka mula dikenali kerana kelainan mereka dalam menggubah
lagu-lagu kepada versi Acapella selain memasukkan elemen beatbox dan dubstep
dalam setiap lagu. 
Setelah hampir setahun bersama dalam aktiviti seni suara, akhirnya AFLIQ
diberikan peluang oleh Loonaq Records Malaysia untuk menghasilkan Mini Album
mereka tersendiri. Itulah ketikanya nama asal “Fair Heart” diubah
kepada “Afliq” selaras dengan konsep kontemporari yang bakal
dibawakan dan album sulung mereka. Terkini, AFLIQ akan melancarkan single
pertama mereka bertajuk “Kasyaf” hasil nukilan lirik dan lagu oleh
Haji Rozman (Loonaq Records).
Pada asal penubuhan, nama yang digunakan ialah FairHeart, tetapi pada
ketika proses menandatangani Kontrak bersama Loonaq Recods, pihak syarikat
rakaman mencadangkan nama FairHeart ditukar kepada sebuah nama yang lebih
bersifat commercial dan kontemporari. Ketika itu, Afliq merujuk kepada senarai
313 nama-nama nabi (
http://azreenholaholi94.blogspot.my/2013/01/313-nama-nama-nabi-dan-rasul.html) dan memilih nama AFLIQ sebagai
nama baru. Menyedari tiada sejarah atau rujukan sahih berkenaan sejarah nabi
bernama AFLIQ, afliq bersetuju membawa nama ini tanpa sebarang maksud.
Bermula sekadar minat dalam muzik dan islamic content, Afliq sering
dinasihat oleh senior dalam industri nasyid untuk bernasyid secara serius. Ini
adalah kerana Afliq sering membuat kelainan dalam susunan antaranya music
arrangement, Rap, Beatbox dan lain-lain. Kelainan ini dilihat sebagai daya
tarik yang boleh menarik minat pelbagai lapisan masyarakat dan yang paling
penting ia mungkin boleh menarik minat non-muslim untuk mendekati islam melalui
mesej yang disampaikan dalam nasyid. Secara tidak langsung, islamic content
(mesej dakwah) yang dibawa boleh disampaikan kepada orang ramai. 
Afliq baru sahaja mengeluarkan single sulung bertajuk KASYAF (digital
release) keluaran 
Loonaq Records. Kasyaf boleh didapati secara online di Islamic
Tunes, iTunes, Spotify dan lain2 online stores. Selain itu, Official Lyric
Video Kasyaf boleh ditonton di Youtube (
https://www.youtube.com/watch?v=2wnFgNJbxyM). Inshaalah Official Video Clip
akan akan turut dikeluarkan dalam masa terdekat.

Afliq –
Kasyaf (Official Music Video)


Kelainan yang dibawa oleh kumpulan Afliq yang mana ia turut diselitkan
di dalam single ini ialah seni “Beat Box” yang dibuat oleh
ahli Afliq sendiri, iaitu Ferhat. Kelainan ini merupakan elemen terbaru dalam
dunia muzik / nasyid tanah air dimana Afliq merupakan artis nasyid pertama yang
menggunakan Beat Box di Malaysia. 


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *