IslamicTunesNews | ALFIRA SANUBARI SERIKANDI MUNSYIDAH MALAYSIA

Wanita juga boleh berkarya

Sahabat
IslamicTunesNews yang dimuliakan Allah SWT, Wanita yang akan kita bahas pada
kesempatan kali ini merupakan wanita yang tangguh, mempunyai tekad yang besar
untuk terus bersyiar melalui sya’ir, ‘Alfira‘ bukanlah sebuah nama baru dalam
industri muzik. Berawal dari beliau memenangi beberapa pertandingan nyanyian
termasuk pernah mewakili Malaysia di pertandingan ASIA BAGUS yang berlangsung di Singapura pada tahun 1995.


Wanita juga boleh jadi pengusaha

Dibalik
kesuksesan beliau sebagai Pengusaha Butik Alfira & Sufi Kecil, beliau masih
menyempatkan diri untuk berkarya dan menciptakan lagu, Setelah lama berhenti,
kini Alfira kembali dengan sesuatu yang baru. Alfira memilih dakwah sebagai
landasan untuk beliau menyampaikan sesuatu yang lebih bermakna kepada
masyarakat. Bagi Alfira, dakwah merupakan suatu medan pandidikan yang sangat
‘efektif’ dalam membentuk minda, perasaan dan jati diri seseorang.

Alfira terpanggil
untuk melakukan sesuatu sebagai sumbangannya dalam usaha membentuk dan mendidik
manusia, justru beliau telah menjadikan keseluruhan liriknya mempunyai
unsur-unsur didikan yang terus membawa manusia kembali kepada fitrah asal yaitu
mengenali Tuhan lantas cinta dan takutkan Nya.


Antara kemanusiaan & kasih sayang

Konsep yang
coba dibawa oleh Alfira berkisah tentang ‘kemanusiaan & kasih sayang’.
Pendekatannya lebih kepada ‘spiritual’ karena sasarannya adalah jiwa manusia
yang sentiasa berhadapan dengan berbagai krisis dan kemelut. Dengan menggunakan
khidmat Shanazron sebagai penerbit yang berpengalaman, maka telah terbitlah
satu konsep yang cukup unik sekali.
Untuk
memperkenalkan dan mempromosikan keunikan, kekayaan, kebudayaan serta kesenian
muzik yang berteraskan Islam. Dengan ini masyarakat akan didedahkan dengan
kesenian muzik “Islamic Global” yang berkonsepkan kasih sayang serta kedamaian
seiring dengan ajaran Islam.

Album ini
juga dapat membantu untuk membetulkan persepsi masyarakat luar terhadap Islam.
Untuk membuktikan bahawa umat Islam sentiasa menyintai kedamaian. Mesej
keamanan akan dapat disampaikan membuktikan bahawa Islam adalah merupakan agama
kedamaian dan menolak sebarang bentuk unsur-unsur keganasan.


Album ini
akan mendekatkan rakyat dengan semangat menyintai kedamaian dan menentang
keganasan. agar masyarakat akan lebih terdidik dan menghargainya.

Posted

in

, , , ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *