IslamicTunesNEWS | gig@islamictunes Siri 10 – MENDUNIAKAN NASYID: CABARAN DAN SOLUSI

Assalamualaikum WBT. InsyaaAllah kita akan bersiaran lagi dalam gig@islamictunes atau gigIT Siri ke 10 pada 2 Januari 2022 waktu yang sama iaitu jam 8.00 malam waktu Malaysia, 20.00 WIB dan 8 malam waktu Thailand. Siaran ini boleh ditonton secara live streaming di: –


https://lnkd.in/frMvUwn

https://lnkd.in/gxJTx_Zy

https://lnkd.in/g8d5v_4Y

Tatkala kita sibuk dengan dunia iaitu meladeni musibah banjir dan lain-lainnya, kita dikejutkan ada sebuah acara pesta hiburan bebas di negara penguasa a-Haramain.

Apakah ‘rahsia’ yg Allah SWT ingin tunjukkan pada kita berkenaan seni yang membuang segala rasa ‘kemaluan’ ke arah jadi kebiasaan, malah jadi kemegahan, kemasyuran dan dipromosikan utk jadi ikutan! Apakah kita masih menafikan bahawa kita telah tewas kepada trend pop culture?

Topik: MENDUNIAKAN NASYID; CABARAN DAN SOLUSI

Justeru, walaupun terasa amat kerdil, IslamicTunes cuma cuba berjiwa besar dengan memilih topik MENDUNIAKAN NASYID: CABARAN DAN SOLUSI’

Memperkenalkan panel jemputan gigIT siri 10

Kita bersiaran kali ini bersama TUAN CHE AMRAN IDRIS atau lebih dikenali dgn nama panggilan CheAm Raihan, salah seorang ahli kumpulan nasyid yg popular iaitu RAIHAN. Sebagai seorang penggiat nasyid yang berpengalaman, selain dari berkongsi cerita dan cabaran, mungkinkah beliau ada solusi bagi menduniakan nasyid ke tahap lebih hebat?

Kita raikan juga SDR. ISMAIL AHMED, Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), atau nama penanya selalu penggiat puisi, Adiwangsa Sukma yang sudi untuk bersama mencanai topik ini bersama idea-idea untuk solisinya untuk kita khususnya penggiat, pelaku dan pelabur fikir-fikirkan.

Kita perkenalkan KANG DENI ADEN dari Indonesia yang sering berkembara secara backpacker untuk bernasyid hingga ke negara-negara lain seperti ke Hong Kong, Singapore, Thailand dan lain-lain negara. Video pengalaman ini ada dirakam oleh IslamicTunes – https://lnkd.in/g_hvbDbB 

Dan tidak lengkap gigIT tanpa kelibat TUAN HAJI GHAZALI HJ HASAN, Amir Pusat Pembangunan Kebudayaan Islam (PUKIS) Thailand yg berpusat di Pattani, walaupun belum begitu terdedah dgn pop culture, namun idea-idea dari beliau mungkin boleh dijadikan panduan atau pedoman bagi kita mengembalikan kehebatan nasyid menawan trend popular dunia masakini, insyaaAllah.

Pengemudi kali ini adalah sdr RosliPakli dan dibantu oleh Tuan Othman Masri@mansenoi sebagai hos jemputan bagi membicarakan tentang digitalisasi industri muzik dan konten.

Mohon support dari umat Islam semua untuk terus tonton acara live streaming ini dan rakaman siri-siri gigIT sebelum ini. Terima kasih.

#islamictunes #loonaqrecords #tvtarekat #nasyid #zikir #sholawatan #Mawlid #music #streaming #entertainment #muslimpreneurs #haramain #rindu #gigIT #malaysia #indonesia #Thailand #festival


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *