Saudara Jawed Karim adalah salah seorang pengasas platform video sharing yang pertama di dunia iaitu Youtube bersama Chad Hurley and Steve Chen.
Segalanya bermula pada tahun ketika Jawed bekerja di PayPal di mana beliau bertemu dengan Chad Hurley dan Steve Chen, mereka secara bersama telah berjaya mewujudkan platform video sharing ini pada tahun 2005. Dan Karimlah yang telah mengupload video yang pertama kalinya di Youtube pada 23 April 2005.
Setelah menubuhkan syarikat dan mengembangkan konsep laman web YouTube bersama Chad Hurley dan Steve Chen, Karim mendaftar sebagai pelajar siswazah dalam sains komputer di Stanford University sambil bertindak sebagai penasihat YouTube. Ketika laman web ini diperkenalkan pada bulan Februari 2005, Karim bersetuju untuk tidak menjadi pekerja dan hanya menjadi penasihat tidak rasmi kerana memberi tumpuan kepada pelajarannya. Akibatnya, dia mengambil bahagian syer yang jauh lebih rendah Hurley dan Chen.
Kerana peranannya yang lebih kecil dalam syarikat, Karim tidak diketahui ramai sebagai pengasas ketiga sehinggalah YouTube diambil alih oleh Google pada tahun 2006. Walaupun bahagian syernya yang lebih rendah, transaksi degan Google itu masih cukup besar sehingga dia menerima 137,443 saham, bernilai kira-kira $64 juta berdasarkan harga saham penutup Google pada masa itu (2006).
Pada bulan Oktober 2006, Karim memberi ceramah mengenai sejarah YouTube di Persidangan ACM tahunan University of Illinois yang bertajuk “YouTube: From Concept to Hyper-growth”. Karim kembali semula ke University of Illinois pada Mei 2007 sebagai Speaker Pembukaan ke-136 dan termuda dalam sejarah sekolah.
Leave a Reply