JIKA SALAH DIAM JANGAN PERTAHANKAN
Artis jangan memandai mandai berfatwa, YANG BARU HIJRAH PULA JANGAN TIBA-TIBA JADI ULAMA. Seringkali kita mendengar artis terutama wanita lagaknya seperti Mufti. Samada yang masih aktif dalam dunia seni atau yang sudah berhijrah. Selalunya artis wanita sejak dari zaman dahulu sering menegakkan hujah atas kesalahan yang dilakukan. Persoalannya untuk apa berhujah dalam perkara yang salah?
Waktu muda bukan sahaja artis tapi semua insan ada melakukan banyak perkara-perkara mungkar. Ramai yang sekarang kita lihat di masjid itu masa muda mereka pun huru hara. Ramai yang berpurdah atau bertudung labuh itu waktu mudanya free hair, berpakaian seksi dan keluar masuk ‘disko’ atau orang sekarang panggil clubbing.
Saya, dia dan mereka semua melalui zaman muda yang dipenuhi godaan nafsu. Tapi yang penting kita tak pertahankan dosa ke kelab itu. Dosa tetap dosa atau salah tetap salah. Minta ampun kepada Tuhan. Minta keampunan Allah itu sangat luas.
Malah sehingga sekarang ramai yang seringkali melakukan dosa berulang kali walau sudah bertaubat. Tak kira yang pakai yankee atau yang berjubah serban. Yang penting mohon ampun dan berusaha tidak melakukan perkara yang sama.
Jika ada artis tak mahu bertudung… itu antara dosa kamu dengan Tuhan. Tapi jangan keluarkan kenyataan umum pertahankan… ” Buat apa bertudung kalau hati hitam… Buat apa bertudung kalau belum bersedia… ” dan bermacam macam alasan untuk menghalalkan tindakannya.
Begitulah juga bila berpakian seksi. Terpulang dosa antara kamu dengan Tuhan tapi sebagai Islam jangan pertahankan perkara tersebut seolah olah tiada dosa berbuat demikian. Diam sahaja adalah jauh lebih baik dari pertahankan yang agama haramkan.
Begitulah juga kepada artis2 yang berhijrah. Jangan lah baru sebulan dua berjubah serban dan bertudung labuh kalian hina rakan2 yang masih dalam industri. Kalian mesti ingat ketika kalian menggila di atas pentas, ketika kalian berlakon seksi sana sini… ada pendakwah tanpa penat lelah memberi salam mengajak kalian ke arah kebaikan.
Contoh ada pernah dengar Dr Sam hina pekerjaan dan kelakuan kamu? Tak pernah mereka menghina ketika kalian tengah berada di dalam kehidupan yang alpa dengan dunia glamor. Islam itu menyuruh kita menyeru kepada kebaikkan. Hidayah milik Allah.
Lihat Allah tunjukkan kepada kita. Beritahu siapa manusia yang lebih jahat dari Firaun? Tiada sejahat Firaun tapi Allah suruh Nabi Musa memujuk Firaun dengan kata2 yang lemah lembut mengajak Firaun menerima agama Islam. Jika ikut akal manusia buat apa perlu berkata lemah lembut dgn Firaun.
Dakwah atau pendekatan Islam begitu. Bukan mengkafirkan kan orang. Bukan menghukum orang itu jahat, orang itu tidak sempurna Islamnya… Islam bukan begitu. Yang lelaki eloklah cuba sertai Tabligh… dalam jamaah itu diajar dakwah kasih sayang… tidak diajar mencerca atau menghina orang lain.
Ingatlah siapa sangka sekarang ratu Rock Ella bertudung, Zila Bakarin yang seksi itu kini bertudung. Farah Bagaikan Puteri yang lincah itu kini berpurdah. Erra Fazira juga sudah bertudung…!
Siapa sangka Dr Sam, Iwan Dangdut, Ali XPDC, Ejam Medicine, Zul Handy Black itu ke sana sini pergi berdakwah….hidayah itu milik Allah. Bagi saya orang berdosa dan kesal degan dosanya jauh lebih baik dari orang berdosa dan sombong pertahankan dosa2nya.
Anggap dalam diri kita ini pendosa dan orang lain itu baik-baik belaka agar kita terhindar dari sifat sombong kepad Allah. Balas dendam terbaik adalah menjadikan dirimu lebih baik
( Norman Radzuan )
Leave a Reply