IslamicTunesNews | KUN ANTA LAGU PALING POPULER DI YOUTUBE


Sebagaimana tahun-tahun yang lalu,
Google pada hari ini telah mengumumkan  video-video paling popular
sepanjang 2015 di YouTube menerusi YouTube Rewind. Berdasarkan maklumat yang
telah didedahkan oleh Google, lagu Kun Anta telah disenaraikan di dalam
kategori Video Paling Popular di YouTube Malaysia sepanjang tahun 2015. Selain
daripada itu, karya tersebut juga turut tersenarai dalam kategori Video
Muzik Paling Hangat di Malaysia.
Lagu Kun Anta ialah merupakan sebuah
karya ciptaan Humood Alkhudher bersama penulis lirik Saif Fadhel yang
mengisahkan tentang kepentingan setiap individu memiliki keyakinan yang tinggi
untuk menjadi diri mereka sendiri. Biarpun lagunya didatangkan dalam bahasa
arab, kekuatan mesej yang terdapat di dalam lagu tersebut telah berjaya membawa
karya ini jauh melangkaui sempadan bahasa dan juga agama.
Di Malaysia, populariti lagu ini
bermula apabila penyanyi asalnya, Humood Alkhudher, mengajak para peminat
menyanyikan lagu tersebut dalam gaya mereka yang tersendiri. Demi menyahut
cabaran itu, Nursyazwani binti Selamat atau lebih dikenali di laman YouTube
sebagai wani6697 telah memuat naik rakaman lagu Kun Anta nyanyian beliau di
saluran YouTube miliknya, sekaligus mencipta gelombang fenomena Kun Anta
apabila video tersebut mendapat sambutan yang luar biasa dikalangan rakyat
Malaysia termasuk dari penyanyi asalnya sendiri. Oleh kerana itu tidak
hairanlah apabila Kun Anta nyanyian Nursyazwani diangkat sebagai salah sebuah
video paling popular di YouTube Malaysia sepanjang 2015.
Fenomena Kun Anta yang melanda
negara telah berjaya memperkenalkan penyanyi kacak dari Kuwait, Humood
Alkhudher, kepada para peminat lagu-lagu ketuhanan di Malaysia. Tidak dapat
dinafikan lagi kekuatan lagu tersebut telah berjaya menarik minat ramai pihak
termasuk selebriti-selebriti tempatan. Ramai yang mula memuat naik rakaman
video Dubsmash sambil meniru gaya Humood menyanyikan lagu tersebut di
Instagram. Sambutan hangat dari peminat di Malaysia akhirnya telah berjaya
meletakkan video lirik lagu Kun Anta di dalam senarai Video Muzik Paling Hangat
di Malaysia pada tahun ini.

Album Humood Alkhudher Tersenarai Dalam Carta Billboard.
Selain Kun Anta, turut tersanarai
dalam YouTube Rewind tahun ini ialah video See You Again nyanyian Wiz Khalifa
ft Charlie Puth, Bad Blood oleh Taylor Swift, Upin & Ipin – Gong Xi Fa Cai
dan juga siri kartun animasi BoBoiBoy episod Bahaya BoBoiBoy Api. Lihat senarai
penuh video paling popular tahun ini
 di YouTube Rewind.
Tahniah kami ucapkan kepada
Nursyazwani, Humood Alkhudher dan juga Awakening Records di atas pencapaian luar
biasa ini.

 Dikutip dari laman munsyeed.com

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *