IslamicTunesNews | NAZREY KUNJUNGI BAKAR RAIHAN ERATKAN SILARATURRAHIM

Nazrey bekas anggota kumpulan Nasyid Raihan bersama Shah, Hazamin Inteam, Amir Hufaz melawat sdr Bakar dari Kumpulan Raihan yang kini uzur akibat kesihatan yang kurang baik di rumah Bakar.

“SAHABAT UMPAMA PERMATA HIASAN DIRI” – NAZREY JOHANI

Ketika sedang menjalani rakaman suara album zikir di studio Inteam, Nazrey telah mendapat berita dari teman-teman munsyid yang mengatakan saudara Bakar dari Kumpulan Raihan kini terlantar sakit di rumah beliau. Selesai saja rakaman, Nazrey telah menyatakan hasratnya pada pengurus A&R Inteam Records, saudara Amir yang beliau ingin melawat sahabatnya dari kumpulan lamanya Raihan itu bagi mengeratkan tali silaraturrahim sesama muslim walaupun mereka kini tidak lagi bersama sebagai satu kumpulan lagi.

Maka satu sesi lawatan yang diaturkan oleh bos-bos Inteam Records diketuai oleh Ust Hazamin dan Shah serta beberapa lagi sahabat munsyid telah membawa Nazrey bertemu semula sahabat lama itu yang berlaku dalam suasana cukup mesra dan mahabbah. Alhamdulillah!

“Nantikan klip audio tawsiyah dari Nazrey Johani tentang kawan dan sahabat di siaran IslamicTunesFM tidak lama lagi” – Editor.

Nazrey telah keluar dari Raihan pada sekitar tahun 2005 ketika kumpulan itu sedang berada di kemuncak populariti sebagai kumpulan nasyid yang berjaya menguasai pasaran industri hiburan Malaysia dan Indonesia serta beberapa negara luar terutama Eropah, Afrika dan Timur Tengah atas alasan untuk kembali pada asas iaitu berdakwah terutamanya di tempat asalnya iaitu negeri Borneo Sabah.

Di samping itu Nazrey masih tetap aktif menyanyi nasyid dan merakamkan album-album solo beliau serta melapangkan masa menerima undangan bagi ceramah-ceramah motivasi seluruh negara. Namun begitu, fokasnya lebih kepada berdakwah tanpa menetapkan bayaran (budi-bicara) dan juga membina sebuah kompleks Maahad Tahfiz untuk golongan asnaf, anak yatim dan muallaf mempelajari agama Islam.

Alasan ini terbukti dengan tertubuhnya sebuah Mahaad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah yang telah pun berjaya didirikan hasil sumbangan orang-ramai hasil usaha gigih Nazrey berjalan ke seluruh negara dan membuat kutipan-kutipan derma termasuk pasar-pasar. Ada juga sahabat-sahabat telah membantu dengan membuat grup facebook dan media social lain bagi membantu kutipan dana ini berterusan sehingga kompleks ini dapat disempurnakan.

“Masih banyak lagi perancangan yang masih belum selesai dan diharap ramai lagi yang boleh membantu kami samada untuk memberi dana pembinaan seterusnya dan juga dana pengurusan bagi menanggung gaji dan pembiayaan pentadbiran serta lain-lain”, kata Nazrey sebelum beliau berangkat pulang ke Sabah petang tadi.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *