Ketika Malaysia dalam sejarah
Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya,
wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur
Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana
kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia
Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama
khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai
agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana
rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Pada tahun 1511, Melaka
jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada
dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada
tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling
lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang
sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar
negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun
oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan
tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yang bangun
menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk
Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.

Pada era 1920-an dan
1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur
Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang
mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti
akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan
mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan
Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan
membentuk kerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk
menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada
penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di
Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum
menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun telah memberi
ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah
bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan
sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu
(1948-1960). Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British
kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba
memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang
hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan
UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai
bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemunculan Tunku Abdul
Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu
ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata
British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan
hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah
memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah
kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia
yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei,
Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara
yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
Leave a Reply