IslamicTunesNews | SAFIYAH “CINTA MUALLAF” MUNSYIDAH MALAYSIA

Safiya menurut asal nama dari Arab bermaksud sahabat sejati, setia dan tulus ikhlas; sementara asal nama dari Swahili pula bermaksud asli atau murni (pure).
Oleh itu, pemilihan nama ini amat bersesuaian dengan ahli-ahli kumpulan SAFIYA yang merupakan sahabat sejati ‘converted muslim’ dan kini aktif dalam aktiviti dakwah khususnya untuk para muallaf dan umat Islamanya.

Awal mula terbentuk Safiya Nasyid

Usaha penubuhan kumpulan nasyid pop SAFIYA ini dimulakan oleh sdri Leia AzZahra Justin Abdullah yang telah mendapat tawaran dari Loonaq Records membuat rakaman mini album lalu mengajak sahabat-sahabatnya yang sama-sama terlibat dalam siri sitcom muzikal bertajuk “Studio Muallaf” terbitan TV Al-Hijrah iaitu sdri Nurain dan sdri Valerie  pada Disember 2011 yang lalu.
Leia berasal dari Penampang, Sabah mula bergiat dalam seni dakwah pada tahun 2008 dengan kemunculan lagu single pertama yang diciptanya sendiri berjudul “Mencari Yang 
Hilang” yang turut dimuatkan dalam kompilasi album Pop Nasyid terbitan Nova Music. Lagu ini telah berada di dalam Carta IKIM.fm selama 4 bulan selain turut dicalonkan sebagai dalam kategori lagu/lirik serta solo single terbaik dalam Festival Anugerah Nasyid tidak lama dulu.
Sementara itu sdri Nurain T. Abdullah juga berasal dari Sabah bergiat sebagai aktivis muallaf membantu dan berdakwah kepada saudara-saudara baru muslim selain turut serta di dalam sitcom “Studio Muallaf” turut membuat perniagaan freelance salon muslimah.  Sebelum Islam, beliau memang bergiat di dalam bidang nyanyian secara serius termasuk menganggotai live band dan menyanyi di kelab-kelab sejak dari umur 18 tahun di Sabah dan seluruh Malaysia.

Sdri Valerie Cassera pula merupakan saudara muallaf yang paling juniour kini sedang dibimbing oleh kedua sahabat-sahabatnya dalam SAFIYA di samping bantuan dari pihak PERKIM Ampang, Malaysia Reverted Muslim dan pihak-pihak lain.  Berasal dari Kuching, Sarawak, Valerie merupakan siswazah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (UiTM) mula bergiat dalam nyanyian koir sekolah rendah dan menengah. Kini di samping mempunyai pekerjaan tetap, beliau sering meluangkan masa untuk sebarang aktiviti pembelajaran agama Islam yang dianjurkan oleh PERKIM dan beberapa NGO untuk saudara-saudara baru.

Cinta Muallaf single pertama Safiya Nasyid

Lagu single pertama kumpulan SAFIYA bertajuk ‘CINTA MUALLAF’ telah diterbitkan sebagai langkah pertama memperkenalkan SAFIYA dan album mini sepenuhnya akan berada diedaran tidak lama lagi.
Diharap album ini dapat diterima oleh masyarakat Islam keseluruhannya sebagai salah satu wadah perjuangan dakwah islam di samping dapat memberi rasa bertuhankan Allah SWT serta mencontohi/mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah SAW.  SAFIYA juga berharap lagu-lagu nasyid pop mereka ini dapat menambah motivasi kepada saudara-saudara muslim yang baru dan juga kepada umat Islam lain.

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *