Mari Mengenal Allah

 

Mari Mengenal Allah
Tahukah anda, jika mahu mengenal diri anda , secara tak langsung anda akan dapat mengenal Allah.
Begitu juga, jika anda mahu mengenal Allah pasti anda akan dapat mengenal diri anda sendiri.
Mengapa?
Kita perhatikan ayat ini,
Surah Qaf, (50)Verse 16:
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh akal fikirannya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya/otaknya,
Jadi, anda harus mengenal akal fikir anda sendiri. Jika tidak, anda tidak akan mengenal pencipta anda yang sebenarnya telah berada / bersemayam di dalam akal kesedaran kita / otak kecil kita.
Maka sebenarnya Allah telah ada dalam otak dan fikiran anda.
Mari kita cerdasi perkara ini.
– jika fikiran kita berupa keinginan material/duniawi atau mencintai, menghargai atau memuliakan seauatu. Maka tuhan kita adalah tuhan material.
– Jika fikiran kita hanya letak Allah sebagai pengetahuan maka ianya akan menjadi tuhan sekadar pengetahuan.
– Jika fikiran kita mengenai kemarahan, kebencian, kejahatan, kemaksiatan terus menerus maka tuhan kita adalah hawa nafsu.
– Jika fikiran kita tentang kasih, damai, cinta maka tuhan kita adalah kasih sayang semata.
-Jika fikiran kita selalu menyatu dengan alam dan memahami serta mendekati kitab-kitab Allah yang telah ditinggalkan dan diajarkan oleh rasul-rasul Allah sebagai wasiat. Dengan memahami perintah dan larangan Nya. Apa kesukaan dan kebencian Nya.
Maka Dialah Allah, tiada tuhan yang berhak diabdi. Dialah yang mengatur, mengurus dan mendidik makhluk Nya. Tuhan yang benar dan Haq.
Maka mari kita kenali akal fikiran kita dengan benar agar kita dapat mengenal Allah juga dengan benar.
Dan ini adalah ayat Al-Quran yang kita wajib tahu, Tujuan penciptaan kita.
Surah Adh-Dhariyat, Verse 56:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Jadi terpulang kepada kita, mahu mengabdi kepada tuhan yang mana??
Pada tuhan materialkah?
Pada tuhan nafsukah?
Pada tuhan manusia lainkah?
Atau pada Allah yang diajarkan rasul, sang utusanNya.
Ini semua tergantung kepada keinginan dan pengabdiannya kepada siapa?
Maka itulah tuhan mereka…
Pada tanggal 12 Rabiul awal tahun 11 hijrah. Bertetapan 8 Jun 632 Masihi. Nabi Muhammad telah wafat dalam usia 63 tahun.
23 tahun lamanya, sejak beliau diangkat menjadi Rasul Allah. Berjuang tak mengenal lelah dan derita untuk menegakkan Deen Allah, Deen Islam.
Sebelum beliau wafat, beliau telah meninggalkan umat nya, tak ada harta benda yang bererti yang akan diwariskan oleh anak isterinya. Tetapi beliau telah meninggalkan 2 perkara pusaka yang diwariskannya kepada seluruh umatnya.
Sabdanya :
“Ku tinggalkan untuk kamu 2 perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya. Iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”
Renung-renungkan dan selamat memikirkan.
( Sumber dari FB Malique Supporters )


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *