Pesanan Tersirat Ulama dan Ahli Perniagaan Hassan Al-Basri

Hassan Al-Basri merupakan seorang Ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan;

“Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada dua perkara ayah ingin kamu lakukan;

1) Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2) Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Kemudian Hassan Al-Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si ibu (Balu Hassan Al-Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya;

Si ibu : “Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?”

Jawab si adik : “Saya ikut pesanan ayah.”

Si ibu : “Apakah pesanan ayahmu?”

Jawab si adik : “Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah meminta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya takkan kutip bayaran.”

Pesan ayah lagi;

“KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI.”

“Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak terkena matahari sebagaimana pesan ayah.”

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya;

Si ibu : “Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?”

Jawab si abang : “Saya ikut pesan ayah.”

Si ibu : “Apa pesanan ayahmu?”

Jawab si abang: “Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.”

“Kedua , ayah berpesan, “KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI.” Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.”

KESIMPULANNYA…

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan Ummah keseluruhannya.

Jadi belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, mintalah Allah swt memberi petunjuk, mohon Allah bimbing kehidupan kita, semoga Allah memberikan taufik dan hidayah.

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt didunia dan di akhirat. Nabi Muhammad saw pernah bersabda;

“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.

( Sumber dari Syeh Haqtullah )


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *