Brosur Program 1000 Rumah Berselawat versi IslamicTunes. (Dok. Istimewa) |
Menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada tanggal 9 November 2019 nanti, Mawlid Fest menggelar Program 1000 Rumah Berselawat. Kegiatan ini dimulai dari tanggal 22 Agustus – 28 November 2019.
“Tujuannya program ini tiada lain hanya ingin mengembalikan ummat ini kepada mencintai baginda Nabi seterusnya mengangkat Nabi sebagai icon penyatuan ummat. Program ini amat santai dan mengajak ummah berselawat memuji kekasih Agung dan menyejukkan kepanasan perpecahan dan kerosakkan akhlak. Di samping menghidupkan rumah-rumah kita dengan cahaya Rasulullah SAW. Allahumma solli Ala Sayyidina Muhammad,” kata Ainur Fatihah Yusop, Wakil Community Mawlid Fest, saat diwawancarai IslamicTunesNews (28/8/2019).
Salah satu grup yang ikut Program 1000 Rumah Berselawat. (Dok. Istimewa) |
Ainur juga mengatakan, “Program ini dibuka pada mana-mana muhibbin yang ingin mengadakan majlis di rumah, pejabat, majlis-majlis mereka. Seluruh Malaysia dan luar negara. Saudara perlu maklumkan tarikh majlis berselawat, maulid sama ada di rumah, pejabat pada kami ,dan saudara boleh kongsikan gambar-gambar sepanjang majlis tersebut yang kami akan update pada facebook dan insta page. Kami akan update dari semasa ke semasa jumlah kiraan rumah yang telah adakan majlis berselawat. Mana-mana rumah, pejabat yang akan adakan majlis berselawat, maulid akan termasuk dalam kiraan kami sekiranya saudara tidak keberatan.”
Brosur Program 1000 Rumah Berselawat versi Mawlid Fest. (Dok. Istimewa) |
“Kegiatan ini Julung-julung diadakan di bawah Mawlid Fest. Bagi yang ingin ikut program kami ini dengan cara mengadakan majlis selawat di tempat masing-masing secara kecil-kecilan, untuk menghidupkan kecintaan pada Nabi Muhammad SAW. Kami akan kreditkan team dan letakkan gambar-gambar program dalam laman sosial rasmi Mawlid Fest. Dengan penyelenggaraan program ini semoga makin subur kecintaan kita kepada Baginda Nabi S. A. W sehingga menjadikan baginda sebagai ikon penyatuan bagi umat Islam,” kata Ainur.
Salah satu grup yang ikut Program 1000 Rumah Berselawat. (Dok. Istimewa) |
IslamicTunes, toko musik digital dunia ikut mendukung kesuksesan dari pelaksanaan Program 1000 Rumah Berselawat ini.
“Kami akan berikan penghargaan atau bantuan kepada grup atau tim nasyid, kasidah, hadroh, shalawat, pengajian, remaja, masjid, sekolah, dan grup atau tim lainnya yang terpilih, yang ikut menjadi peserta Program 1000 Rumah Berselawat,” kata Ermansyah Putra, Pengurus IslamicTunes. (*)
Leave a Reply