Hashtag #gemagegarvaganza menjadi viral di media sosial? Mengatasi populariti program hiburan yang sewaktu siarannya? Wah! hebatnya nasyid.
IslamicTunes menghubungi salah seorang munysid tersohor yang juga merupakan Ikon IslamicTunes, Ustaz Munif Hijaaz mengaku bahawa awalnya mereka mendapat banyak tentangan untuk menyertai program TV Gema Gegar Vaganza.
“Ada yang mengatakan sebagai munsyid “otai” atau bahasa lainnya ‘orang lama’ dalam nasyid sepatutnya tidak perlu lagi cuba mencari ‘highlight’ dalam program-program TV yang masih belum tahu halatuju dan ada juga cakap-cakap yang mengatakan tentang keburukan malah ada yang mempertikaikan. Namun setelah perbincangan bersama ahli Hijjaz yang lain, kami sepakat untuk tetap dengan keputusan mengambil bahagian,”
“dan rasanya tindakan kami tepat”.
Kembalikan Kegemilangan Nasyid
Bagi Munif, Gema Gegar Vaganza merupakan platform perjuangan terbaik bagi mengembalikan kegemilangan nasyid dalam industri muzik dan hiburan tanahair. Saya rasa program seperti ini lebih banyak mendatangkan kebaikan berbanding keburukan,”.
Entah di mana silapnya, media-media gergasi utama yang menjadi tunjang penggerak trend di negara ini seolah-olah tidak ‘mengiktiraf’ genre nasyid walaupun telah dibuktikan bahawa album-album genre nasyid dan ketuhanan yang berjaya masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana artis pelbagai genre lain seperti pop dan rock dari segi jualan dan juga nilai bayaran untuk persembahan. Rujuklah kejayaan kumpulan nasyid perintis kontemporari iaitu Raihan, Rabbani, Hijjaz dan lain-lain dan yang terbaru dalam dekad ini juga boleh merujuk kepada kejayaan Hafiz Hamidun, Maher Zain.
Namun ironinya sebuah stesyen TV berpengaruh di negara ini yang dikuasai oleh orang Melayu beragama Islam sendiri menolak genre Nasyid untuk dipertandingkan sebagaimana layaknya genre-genre lain. “Cakap-cakap” pasaran nasyid telah menurun mula terdengar-dengar sebagai alasan penolakan…
Kesukaran Mendapatkan Penaja
“Cakap-cakap” ini juga sampai kepada kesukaran mendapatkan penaja-penaja konglomerat dan korperat bagi event Islami. Ini juga membantutkan lagi usaha-usaha membuat event besar yang berprestij untuk mengketengahkan hiburan Islam yang sepatutnya bukan sebagai alternatif sebaliknya harus sebagai pilihan utama Muslim yang patuh syariah. Agaknya mereka yang berperanan dan yang boleh membuat keputusan tidak bersama-sama pemimpin-pemimpin negara atau negeri sewaktu lautan manusia memenuhi padang-padang untuk majlis selawat dan zikir. Akhirnya berpusu-pusulah munsyid berjiwa besar masuk ke kenduri walimatulurus atau jalanan (busker) bagi meneruskan perjuangan seni dakwah mereka!
Ditambah lagi dengan kurangnya ruang masa yang dapat diberikan kepada lagu-lagu nasyid untuk dimainkan atau diputarkan baik di radio/TV kerajaan dan agensi kerajaan serta swasta. Rata-ratanya masa ‘airtime’ diberikan adalah sebelum dan selepas azan dan menjelang senja atau lewat tengah malam dan awal pagi.
Sukar Mempromosikan Nasyid
Pokoknya terlalu sukar untuk mempromosikan lagu-lagu atau album nasyid dewasa ini seolah-olah media-media utama menganak-tirikan genre nasyid atau ‘cuba’ memadamkan populariti genre nasyid di negara ini. Tiada program galakan, inisiatif kepada penggiat nasyid atau usaha secara sistematik bagi memasitkan hiburan Islam ini dapat dikembangkan dengan lebih pesat bagi memartabatkan seni Islam yang katanya merupakan agama rasmi negara Malaysia!
Atas sebab perjuangan nasyidlah IslamicTunes diwujudkan dengan konsep komuniti. Walaupun usaha kami kelihatan kerdil apabila media-media besar sudah memasuki ruangan ini, namun kami tidak kisah kerana perjuangan itu yang harus diutamakan. Untuk musyid dan munsyidah Indonesia, bersiap-siagalah kerana jika berjaya program ini di Malaysia, pastinya akan disambung kepada Astro Indonesia seperti program Maharaja Lawak.
#gemagegarvaganza mengaibkan?
Artikel ini tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa walaupun memang mengaibkan juga apabila stesyen media yang dikuasai oleh bukan Islam dapat menerbitkan program #gemagegarvaganza. Tahniah juga kepada pihak pengurusan Bahagian Melayu dan Oasis yang dapat menjadi asbab program ini diluluskan.
Ianya tulus berkenaan kenapa jadi begini atau begitu?
Tahniah juga para peserta, Hijjaz, UNIC, Tuan Haji Hafiz Hamidun, Saujana, Ana Faffali, Izam EYE, Miwarna dan lain-lain terutamanya yang sudah lama dalam industri. Islamictunes tahu kebanyakkan kamu mengambil bahagian atas dasar perjuangan mengembalikan kegemilangan nasyid, bukannya mahu meraih populariti kerana ramai di antara kamu memang sudah amat popular!
Semoga akan datang, dapatlah kiranya Astro menambah lagi siaran-siaran khusus untuk nasyid dan hiburan Islam bagi memberi peluang kepada ramai lagi talent nasyid yang dahagakan event atau program-program sebegini.
Diharapkan juga kerajaan menerusi MDec, MaGic dan Jakim dapat meneruskan ‘support’ ini bagi mencapai kemungkinan mengeksport seni dan budaya Islam di Nusantara ke Eropah dan U.S.
Leave a Reply