UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH BUAT YB TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

Pertamanya saya mewakili rakan-rakan penggiat nasyid
Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dn terima kasih di atas
kprihatian YB Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan pihak kementerian terhadap
induatri nasyid tempatan.Sudah agak lama kami menantikan seorang pemimpin kanan
negara yang melihat industri nasyid secara strategik dan bukan sebagai hiburan
semata-mata. Idea untuk Malaysia mengangkat nasyid sebagai satu industri
strategik negara sebagaimana Kpop untuk Korea Selatan pernah saya sebut dalam
ucapan saya di hadapan salah seorang penasihat YAB PM dalam majlis rumah
terbuka MUNSYID MALAYSIA sedikit masa lalu.

Kpop mengambil masa 30 tahun untuk dibangunkan sebagai agenda negara dengan
usaha secara kolektif oleh pihak kerajaan dan korporat.Kita mungkin hanya
melihat Kpop sebagai hiburan korea yang menembusi pasaran dunia semata-mata.
Namun kerajaan korea melihat Kpop mengangkat bersama secara tidak langsung
industri fesyen, kosmetik, aksesori, pelancongan mahupun pembedahan plastik
yang bernilai ratusan juta USD.

Nasyid Malaysia juga punya potensi yang sama. Sebagai negara yang dianggap
sebagai “the home of contemporary nasyeed” oleh aktivis nasyid dunia,
nasyid Malaysia sudah punya ruang dan jalan untuk menembusi pasaran dunia.
Artis-artis nasyid Malaysia seperti Raihan dan lain-lain telah sampai di
negara-negara seperti Russia, US, Eropah,Timur tengah, Afrika, Canada malah
Ivory Coast!. Dan mereka ini bukan sampai ke negara-negara ini mengikuti trade
mission atau tourism mission kerajaan tetapi dijemput secara terus oleh
masyarakat di sana. Dalam bahasa mudah, it’s totally a business deal.Bayangkan
jika nasyid mendapat sokongan kerajaan secara strategik.Pastinya kesannya akan
menjadi lebih besar.

Sepertimana Kpop, apabila kita sebut industri nasyid ia tidak hanya merujuk
kepada showbiz dan muzik semata-mata.Nasyid juga punya trend pakaiannya,
aksesorinya, makanannya dan pelbagai lagi.Kita pastinya pernah mendengar
istilah baju raihan, kopiah hijjaz,songkok rabbani, kurta unic dan sebagainya.
Begitu juga industri F&B yang turut menggunakan nasyid atau ikonnya sebagai
platform jenama dan pemasaran seperti Muniff Hijjaz Choco, Kurma Rabbani,
Inteam Coco dan sebagainya.

Dalam mendepani industrial revolution 4.0 yang berasaskan ekonomi digital,
sebuah platform market place yang mengumpulkan konten islamik dari seluruh
dunia juga telah dibina dan digerakkan oleh anak-anak muda dari Malaysia
menggunakan jenama IslamicTunes sejak beberapa tahun lalu.
Walaupun kelahiran Malaysia ia mendapat sambutan yang sangat baik melalui
pembinaan komuniti penggiat dan pengguna di Indonesia, Thailand, Singapura
malah pengkarya konten islamik dari US, Afrika Selatan, Timur Tengah juga
menfaatkan platform kelahiran Malaysia ini.

Malangnya ia kurang mendapat sokongan daripada agensi-agensi kerajaan sebelum
ini walaupun pernah dibentangkan melalui siri pitching dengan pihak berkenaan.
Antara feedback yang didapati adalah terdapat pihak yang skeptikal terhadap
potensi industri hiburan digital apatah lagi yang memberi fokus kepada segmen
Islamik. Namun ada masa yang sama terdapat tawaran daripada kerajaan negara
jiran untuk memberikan sokongan dan pelbagai insentif menarik dengan syarat
menjenamakan semula platform ini sebagai produk negara mereka. Atas sedikit
semangat patriotik tawaran itu terpaksa ditolak setidak-tidaknya hingga saat
ini. Jika orang lain boleh nampak potensi nasyid dan hiburan islamik kita,maka
mengapa tidak pihak kerajaan?

Walau apapun, saya mewakili rakan-rakan penggiat industri nasyid Malaysia di
@munsyidmalaysia ingin sekali lagi kepada pihak YB dan Kementerian Pelancongan
di atas keprihatinan dan sikap positif terhadap potensi yang ada pada industri
nasyid Malaysia.Semoga dengan keprihatinan ini akan dapat dizahirkan dengan
lebih berkesan melalui program dan strategi jangka masa pendek dan jangka masa
panjang untuk menjadikan irama nasyid kita dapat dieksport dengan lebih
berkesan di pasaran dunia sekaligus memberi impak ekonomi dan sosial kepada
Malaysia.

Kami di MUNSYID MALAYSIA bersedia memberikan sokongan dan kerjasama
seluas-luasnya atas sebarang usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelancongan
dan kerajaan seluruhnya demi memperkasakan industri nasyid tanah air di era
Malaysia baru.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

Razin Mestica
Presiden MUNSYID Malaysia


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *