GigIslamicTunes Siri 17 | CELIK INDUSTRI – APA ITU HAKMILIK RAKAMAN?

Assalamualaikum WBT. Salam bertemu kembali dalam siaran online streaming gigIslamicTunes atau gigIT siri 17 pada hari AHAD – 20 Feb 2022 jam 9:15 malam waktu Malaysia.

Topik: CELIK INDUSTRI – APA ITU HAKMILIK RAKAMAN?

Bagi melengkapkan halatuju gig ini bukan saja memberi hiburan dan mencambah pemikiran, namun ianya juga cuba beri pengetahuan dan pembelajaran.
Walaupun kebanyakkan pihak pencipta dan pengeluar konten Islamik tulen membawa visi dakwah menerusi syair, dan tidak perduli tentang hal monetizing, namun adalah sesuatu yang kurang bijak membiarkan pihak lain mengambil konten ciptaan anda lalu membuat keuntungan dan seterusnya mengukuhkan ekonomi mereka. Kemana perginya JIHAD EKONOMI?
Jadi kita amat berterima kasih kepada tetamu khas siri 17 ini akan bersama berkongsi pengetahun dan pengalaman iaitu: –

  1. Tuan ROSMIN HASHIM, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Muzik Malaysia (RIM);
  2. Tuan RASYIDI BAUBINMAT, Pengusaha jenama AYAMBANG dan Ayambang Record, Thailand;
  3. Tuan KOH ARIS, Ketua Umum Nasyid Nusantara, Indonesia;
  4. RIDWAN RAIS, vokalis kumpulan nasyid RABITHAH yang mewakili penggiat dari TARBIAH SENTAP RECORDS dari Malaysia;
  5. Tuan OTHMAN MASRI, Ahli Panel Tribunal MYIPO; dan
  6. Tuan AYOB ABD MAJID, Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).
Segmen new release video klip pula akan menayangkan video terbaru dari talent baru iaitu SANDRA KEMAL FAHSYA, yang berasal dari Bandung, Indonesia yang diterbitkan oleh OM BAM, pemilik OM BAMS ENTERTAINMENT.
Semoga kita semua mendapat munafaat atas siaran ini, insyaaAllah!
#content #copyright #soundrecording #performers #intelectualproperty #music #publisher #recordlabel #recording #video #islamictunes #gigIslamicTunes #knowledgecentre


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *