IslamicTunesNews | ABANG LONG FADHIL PENUHI UNDANGAN KONGSI PENGALAMAN


Abang Long Fadhil

Setelah tampil dua episod dalam
program PenghijrahanFenomena
terbitan TV Al Hijrah, bekas gengster terkenal Singapura
Abang Long Fadil kini menjadi perhatian ramai.

Abang Long Kongsi pengalaman

Siri
pendedahan anak muda berusia 29 tahun ini mengenai pengalaman masa lalu
terbabit dengan pelbagai jenayah kekerasan hingga mula merengkok di penjara
pada usia 12 tahun, nyata dilihat banyak pihak sebagai titik perkongsian yang
berguna ke arah pendidikan.
Slot
program #PenghijrahanFenomena yang bersiaran tiap
Khamis 10 malam kini menjadikan Abang Long Fadil buruan pihak pengurusan
aktiviti agama di masjid dan surau.

Program menarik TV Alhijrah

Antara program menarik hujung
minggu ini ialah sesi ceramah istimewa kolaborasi antara Abang Long Fadil dan
Pengarah Filem Terkenal Syamsul Yusuf akan diadakan di Masjid Al Ridhuan Hulu
Kelang Ahad 29 Mei 7.30 malam.
Program yang turut disertai Ustaz
Syed Norhisyam dan Ustaz Zuhdi Mat Piah juga akan dirakamkan untuk siaran
#PenghijrahanFenomena TV AlHijrah.

Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *