IslamicTunesNews | AFLIQ KUMPULAN NASYID YANG MEMBAWA KONSEP DAKWAH SAMBIL BERHIBUR

Kumpulan nasyid yang membawa konsep dakwah sambil berhibur


AFLIQ adalah sebuah kumpulan nasyid yang membawa konsep dakwah sambil berhibur. Dianggotai oleh 5 orang anak-anak muda berbakat iaitu Miqdad, Deedat, Ferhat, Izhar dan Amirul. Mereka pada asalnya adalah dari kumpulan Nasyid “Fair Heart” dimana mereka bertemu ketika masing masing sedang belajar di International Islamic College (IIC), Gombak.
Aktif didalam persembahan-persembahan nasyid dan aktiviti nasyid underground, mereka mula dikenali kerana kelainan mereka dalam menggubah lagu-lagu kepada versi Acapella selain memasukkan elemen beatbox dan dubstep dalam setiap lagu.
Setelah hampir setahun bersama dalam aktiviti seni suara, akhirnya AFLIQ diberikan peluang oleh Loonaq Records Malaysia untuk menghasilkan Mini Album mereka tersendiri. Itulah ketikanya nama asal “Fair Heart” diubah kepada “Afliq” selaras dengan konsep kontemporari yang bakal dibawakan dan album sulung mereka. Terkini, AFLIQ akan melancarkan single pertama mereka bertajuk “Kasyaf” hasil nukilan lirik dan lagu oleh Haji Rozman (Loonaq Records).
[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=2wnFgNJbxyM&width=850&height=450[/embedyt]
Pada asal penubuhan, nama yang digunakan ialah FairHeart, tetapi pada ketika proses menandatangani Kontrak bersama Loonaq Recods, pihak syarikat rakaman mencadangkan nama FairHeart ditukar kepada sebuah nama yang lebih bersifat commercial dan kontemporari. nama AFLIQ sebagai nama baru. Menyedari tiada sejarah atau rujukan sahih berkenaan sejarah nabi bernama AFLIQ, afliq bersetuju membawa nama ini tanpa sebarang maksud.

Bermula sekadar minat dalam muzik dan islamic content, Afliq sering dinasihat oleh senior dalam industri nasyid untuk bernasyid secara serius. Ini adalah kerana Afliq sering membuat kelainan dalam susunan antaranya music arrangement, Rap, Beatbox dan lain-lain. Kelainan ini dilihat sebagai daya tarik yang boleh menarik minat pelbagai lapisan masyarakat dan yang paling penting ia mungkin boleh menarik minat non-muslim untuk mendekati islam melalui mesej yang disampaikan dalam nasyid. Secara tidak langsung, islamic content (mesej dakwah) yang dibawa boleh disampaikan kepada orang ramai.

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *