IslamicTunesNews | AHMAD FAIZAL BIN MOHAMMAD TAHIR SEORANG PENYANYI MALAYSIA YANG MULA DIKENALI

Ahmad Faizal seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali

Ahmad
Faizal bin Mohammad Tahir atau Faizal Tahir ialah seorang penyanyi
Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan
realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana,
dan beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah
pengurusan The 8 Unit.


Faizal pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan
tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke
persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu
nyanyiannya. Beliau menjadikan musim pertama rancangan realiti One in a Million
anjuran 8TV sebagai landasan ke arah kemasyhuran.

Album sulung Faizal

Album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu, keluar di pasaran pada 22 November 2007,
dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama-sama Audi Mok,
Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk
versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu
& Golek (iaitu terjemahan harfiah sepenuhnya bagi ungkapan “Rock n’
Roll”). Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah
jualan 10,000 ribu unit.Walau bagaimanapun, pada malam 13 Januari 2008, kerjaya
Faizal tercemar apabila mengundang rasa tersinggung ramai pihak apabila
menanggalkan baju dan tali pinggang beliau di atas pentas pada konsert ulang
tahun keempat 8TV yang disiarkan secara langsung.Oleh itu, pihak 8TV mengambil
tindakan tegas dengan memberi amaran keras kepada beliau dan mengehendaki
beliau terlibat dalam kerja-kerja amal selama enam bulan. Di samping itu, dua
hari selepas peristiwa itu, 8TV mengadakan sidang akhbar untuk Faizal memohon
maaf kepada semua pihak yang berasa tersinggung oleh perbuatannya.Akibatnya,
pada 19 Januari 2008, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
berkata Faizal dilarang muncul dalam mana-mana rancangan televisyen swasta
selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008, dan juga menggantung
rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di 8TV
selama tempoh yang sama

Faizal akhirnya muncul di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal 2009, di mana
beliau merangkul tiga anugerah untuk lagu “Sampai Syurga” iaitu
hadiah Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Lagu Balada Terbaik. Akan tetapi,
timbulnya desas-desus bahawa Faizal Tahir hendak bersara dari bidang nyanyian
untuk meluangkan lebih masa bersama keluarganya, tetapi akhirnya disangkal
dengan kemunculan single “Bencinta” di corong-corong radio.

Faizal Tahir berganding bahu dengan Datuk Siti Nurhaliza

Pada 20 November beliau sepatutnya bertarung di program Muzik-Muzik peringkat
separuh akhir. Namun beliau tidak ikut serta dalam acara itu selepas dimasukkan
ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 18 November kerana mengalami
masalah jangkitan kuman di paru-parunya.Oleh itu, lagu beliau, “Bencinta”
terpaksa dinyanyikan oleh Shila, penyanyi yang lahir dari program realiti yang
sama dengan beliau, One In A Million musim 2.Walau bagaimanapun, lagu
“Bencinta” layak ke acara Anugerah Juara Lagu 24, dan Faizal
menangkis keraguan peminat dengan kemunculannya di malam kemuncak pada 11
Januari 2010, walaupun terpaksa bertongkat kerana belum sembuh sepenuhnya. Lagu
tersebut berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan di AJL kali ini.Pada
Februari 2010, Faizal Tahir berganding bahu dengan Datuk Siti Nurhaliza dan Aizat
untuk menjayakan Konsert Satu Suara terbitan Siti Nurhaliza Productions.
Konsert tersebut berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, selama tiga hari,
iaitu 12–14 Februari.Album kedua Faizal, Adrenalin telah keluar di pasaran pada
11 Mac 2010.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *