IslamicTunesNews | AVAILABLE NOW HUFAZ NASHEED ASAL MALAYSIA IN ISLAMICTUNES

Awal mula Hufaz
berwajah baru

Bermula tahun 2009,Hufaz yang berwajah baru bersatu hati
untuk memperjuangkan irama nasyid secara lebih serius telah menerima pelbagai
undangan persembahan nasyid dan selawat bagi pelbagai jenis majlis.
Alhamdulillah pada tahun 2011 Hufaz mendapat tawaran merakamkan sebuah lagu
ciptaan Saudara Munif Ahmad (Hijjaz) yang dimuatkan dalam album Kompilasi Lagu
Nasyid Terbaik Hijjaz Records. Kemudian Hufaz mendapat tawaran merakamkan album
Selawat dengan Nasyeed.com selain sebuah album mini bersama Loonaq Records.
Ketua Kumpulan Hufaz, Amir Arshad bersama Mohd Aizat Jaafar,
Mohamad Izwan Jaimi dan Mohd Reezam Ibrahim bertekad untuk
terus memperjuangkan irama mendidik jiwa ini sebagai salah satu medan
dakwah untuk membentuk masyarakat dan memberi hiburan alternatif kepada
pendengar.
Hufaz nasheed pemuda
kreatif
Kumpulan
Nasyid Hufaz dianggotai oleh 4 orang pemuda yang mempunyai minat mendalam
terhadap irama yang mendidik jiwa. Idea asal penubuhan kumpulan ini dicetuskan
oleh saudara Amir Arshad pada tahun 2004 apabila beliau mendapat tawaran untuk
merakamkan sebuah album nasyid dengan Lacosta Records Entertainment.

Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *