IslamicTunesNews | AVAILABLE NOW HUFAZ NASHEED ASAL MALAYSIA IN ISLAMICTUNES

Awal mula Hufaz berwajah baru

Bermula tahun
2009, Hufaz yang berwajah baru bersatu hati untuk memperjuangkan irama nasyid
secara lebih serius telah menerima pelbagai undangan persembahan nasyid dan
selawat bagi pelbagai jenis majlis. Alhamdulillah pada tahun 2011. Hufaz
mendapat tawaran merakamkan sebuah lagu ciptaan Saudara Munif Ahmad (Hijjaz) yang
dimuatkan dalam album Kompilasi Lagu Nasyid Terbaik Hijjaz Records. Kemudian
Hufaz mendapat tawaran merakamkan album Selawat dengan Nasyeed.com selain
sebuah album mini bersama Loonaq Records.
Dengarkan video lagu Hufaz berikut ini..!

Ketua
Kumpulan Hufaz, Amir Arshad bersama Mohd Aizat Jaafar, Mohamad Izwan Jaimi dan
Mohd Reezam Ibrahim bertekad untuk terus memperjuangkan irama mendidik
jiwa ini sebagai salah satu medan dakwah untuk membentuk masyarakat dan memberi
hiburan alternatif kepada pendengar.

Hufaz
nasheed pemuda kreatif

Kumpulan
Nasyid Hufaz dianggotai oleh 4 orang pemuda yang mempunyai minat mendalam
terhadap irama yang mendidik jiwa. Idea asal penubuhan kumpulan ini dicetuskan
oleh saudara Amir Arshad pada tahun 2004 apabila beliau mendapat tawaran untuk
merakamkan sebuah album nasyid dengan Lacosta Records Entertainment.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *