IslamicTunesNews | AWAKENING RECORDS LANCARKN APLIKASI RADIO


Awakening
Records merupakan sebuah syarikat rakaman International yang telah melahirkan
artis-artis nasyid terkenal yang luarbiasa diperingkat global. Antara nama-nama
besar yang bernaung di bawah syarikat ini ialah Maher Zain, Harris J,
Raef, Hamza Namira dan yang terbaru ialah penyanyi terkenal dari Kuwait, Humood
Alkhudher yang popular dengan gelombang Kun Anta di seluruh dunia.
Setelah
menerbitkan aplikasi khusus buat peminat Harris J, Awakening Records hari
ini telah mengumumkan sebuah lagi aplikasi yang dinamakan sebagai Awakening
Radio.
Awakening
Radio merupakan sebuah aplikasi radio atas talian yang menyajikan siaran
tanpa henti seleksi lagu-lagu nasyid secara gratis dari artis yang bernaung di
bawah label Awakening Records. Melaluinya, pengguna juga akan turut sama
dihidangkan dengan beberapa temu ramah eksklusif serta siaran konsert live yang
melibatkan artis Awakening.


Selain
beberapa kandungan asas seperti lagu, klip video rasmi, carta dan info terkini, pengguna
juga diberi ruang untuk berinteraksi bersama pengguna lain melalui fungsi
“Radio Community”. Walau bagaimana pun akses penuh kepada fungsi ini hanya
terhad kepada pengguna berdaftar sahaja.
Awakening
Radio ditawarkan secara percuma menerusi 
App Store bagi pengguna iOS dan juga di Google Play Store untuk pengguna Android. Sekiranya anda
meminati artis-artis naungan Awakening Records, Awakening Radio
adalah aplikasi yang wajib anda miliki.
Sumber dari
http://munsyeed.com/

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *