IslamicTunesNews | DESTINY NASHEED ASAL MALAYSIA SELESAI RAKAM ALBUM KETIGA

Sahabat IslamicTunesNews kali ini
kami nak kenalkan sahabat dengan sebuah kumpulan yang berasal dari Malaysia,?
Mari kita ikuti..

Perkembangan
terbaru DESTINY

Alhamdulillah, kini DESTINY telah
pun selesai merakamkan album ketiga berjudul INDAH. Lagu hasil Ciptaan Daqmie
dan lirik oleh Ito Lara ini, telah menjadi pilihan DESTINY untuk menjadikan
INDAH sebagai lagu Single kedua DESTINY selepas lagu ARAH sebelum ini, lagu dan
lirik hasil ciptaan sepenuhnya oleh Bazli Hazwan UNIC. Alhamdulillah, maka
terhasillah video lirik INDAH buat peminat DESTINY.


Album ketiga DESTINY bakal
diterbitkan oleh Syarikat Music Space Sdn Bhd sebagai pengedar utama. Di
samping, kepercayaan dan kerjasama turut diberikan oleh syarikat Arteffect
International dan Sony Music sebagai pengedar album ketiga DESTINY. Album ini
juga diedarkan oleh penaja utama album DESTINY iaitu syarikat Whosalemart
Bussines Point Sdn Bnd (WMBP) sebagai special project. Kami sangat
bersyukur kerana masih diberikan kepercayaan untuk bekerjasama dengan syarikat
tersebut bermula album pertama sehingga kini.

Dibalik tabir pembikinan lagu

Antara lagu baharu yang bakal
dimuatkan di dalam album DESTINY ialah Indah, Dia Penentu Segala hasil
gubahan Along Exists, Ya Rabbi bil Mustafa ciptaan Rozi DESTINY,
Subhanallah
Gubahan Saufi DESTINY, Hasbi Rabbi ciptaan Rozi DESTINY dan
Lagu Selawat hasil gubahan Rizal DESTINY. Antara lagu-lagu yang telah
dirakamkan semula dengan dengan susunan muzik baharu adalah seperti lagu Hati
Kata Rindu, Arah, Cinta Sepi Indah, Bersama Rindu, Tandus
dan Kata Maaf.
Genre muzik yang kami bawakan pastinya akan menampilkan kelainan kepada
pendengar setia nasyid di Malaysia.

Harapan utk single terbaru ni

Gabungan pencipta lagu Daqmie dan
Ito Lara yang menjadi Juara Dalam Anugerah Nasyid IKIM 2015 baru-baru ini,
memberikan titik tolak utama untuk DESTINY mempertaruhkan lagu Indah sebagai
single terbaharu. In shaa Allah, dalam masa terdekat ini, DESTINY juga akan
menghasilkan Klip Video lagu Indah yang dalam rangka dan perancangan
teliti untuk hasil terbaik buat peminat dan penggemar nasyid tanahair.

Perancangan
akan datang

DESTINY berhasrat untuk
menghasilkan album Bacaan Ayat-Ayat Al-Quran, Zikir, Selawat dan Qasidah
sepenuhnya suatu masa nanti. Mohon doa kalian agar usaha kami dipermudahkan
oleh Allah swt. DESTINY juga merancang untuk mengadakan Jelajah Malaysia Bersama
DESTINY seperti yang pernah dijalankan pada suatu jetika dahulu. Kami akan berusaha
mendapatkan kerjasama untuk menggabungkan beberapa rakan-rakan artis lain untuk
turut serta dalam jelajah tersebut. Walaupun kini, DESTINY hanya tinggal
bertiga sahaja Rizal, Saufi dan Rozi, tetapi semangat juang kami masih lagi
kuat untuk meneruskan misi dakwah dalam dunia hiburan mendidik jiwa. Kami tidak
akan menjadikan ia sebagai alasan untuk meneruskan usaha kami dalam
menyemarkkan industri nasyid Malaysia.

Ucapan buat peminat

Kami bersyukur kepada Allah SWT
kerana masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam arena
Industri Nasyid Malaysia. Walaupun pelbagai dugaan, ujian yang datang,
adakalanya melemahkan semangat juang kami. Alhamdulillah dengan keikhlasan hati
dalam melakukan sesuatu usaha kerana Allah SWT, semuanya dapat kami tepis
dengan kekuatan dan kecekalan. Kami juga berbangga kerana diberikan peluang dan
ruang untuk menjadi salah seorang munsyid di Malaysia dalam usaha menyebarkan
dakwah Islamiah melalui muzik yang kami bawakan. Moga usaha murni kami
diberkati ALLAH SWT.

Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *