IslamicTunesNews | DESTINY NASHEED ASAL MALAYSIA SELESAI RAKAM ALBUM KETIGA

Perkembangan terbaru DESTINY


Alhamdulillah,
kini DESTINY telah pun selesai merakamkan album ketiga berjudul INDAH. Lagu
hasil Ciptaan Daqmie dan lirik oleh Ito Lara ini, telah menjadi pilihan DESTINY
untuk menjadikan INDAH sebagai lagu Single kedua DESTINY selepas lagu ARAH
sebelum ini, lagu dan lirik hasil ciptaan sepenuhnya oleh Bazli Hazwan UNIC.
Alhamdulillah, maka terhasillah video lirik INDAH buat peminat DESTINY. Album
ketiga DESTINY bakal diterbitkan oleh Syarikat Music Space Sdn Bhd sebagai
pengedar utama. Di samping, kepercayaan dan kerjasama turut diberikan oleh
syarikat Arteffect International dan Sony Music sebagai pengedar album ketiga
DESTINY. Album ini juga diedarkan oleh penaja utama album DESTINY iaitu
syarikat Whosalemart Bussines Point Sdn Bnd (WMBP) sebagai special
project. Kami sangat bersyukur kerana masih diberikan kepercayaan untuk
bekerjasama dengan syarikat tersebut bermula album pertama sehingga kini.

Dibalik
tabir pembikinan lagu

Antara lagu baharu yang bakal dimuatkan di dalam album DESTINY
ialah Indah, Dia Penentu Segala hasil gubahan Along
Exists, Ya Rabbi bil Mustafa ciptaan Rozi DESTINY, Subhanallah Gubahan
Saufi DESTINY, Hasbi Rabbi ciptaan Rozi DESTINY dan Lagu
Selawat hasil gubahan Rizal DESTINY. Antara lagu-lagu yang telah
dirakamkan semula dengan dengan susunan muzik baharu adalah seperti
lagu Hati Kata Rindu, Arah, Cinta Sepi Indah, Bersama Rindu,
Tandus dan Kata Maaf. Genre muzik yang kami bawakan pastinya akan
menampilkan kelainan kepada pendengar setia nasyid di Malaysia.

Harapan untuk single terbaru ni

Gabungan pencipta lagu Daqmie dan Ito Lara yang menjadi Juara
Dalam Anugerah Nasyid IKIM 2015 baru-baru ini, memberikan titik tolak utama
untuk DESTINY mempertaruhkan lagu Indah
 sebagai single terbaharu. In shaa Allah, dalam masa terdekat
ini, DESTINY juga akan menghasilkan Klip Video lagu 
Indah yang dalam
rangka dan perancangan teliti untuk hasil terbaik buat peminat dan penggemar
nasyid tanahair.

Perancangan akan datang

DESTINY berhasrat untuk menghasilkan album Bacaan Ayat-Ayat
Al-Quran, Zikir, Selawat dan Qasidah sepenuhnya suatu masa nanti. Mohon doa
kalian agar usaha kami dipermudahkan oleh Allah swt. DESTINY juga merancang
untuk mengadakan Jelajah Malaysia Bersama DESTINY seperti yang pernah
dijalankan pada suatu jetika dahulu. Kami akan berusaha mendapatkan kerjasama
untuk menggabungkan beberapa rakan-rakan artis lain untuk turut serta dalam
jelajah tersebut. Walaupun kini, DESTINY hanya tinggal bertiga sahaja Rizal,
Saufi dan Rozi, tetapi semangat juang kami masih lagi kuat untuk meneruskan
misi dakwah dalam dunia hiburan mendidik jiwa. Kami tidak akan menjadikan ia
sebagai alasan untuk meneruskan usaha kami dalam menyemarkkan industri nasyid
Malaysia.
Ucapan buat peminat
Kami bersyukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberikan
kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam arena Industri Nasyid Malaysia. Walaupun
pelbagai dugaan, ujian yang datang, adakalanya melemahkan semangat juang kami.
Alhamdulillah dengan keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu usaha kerana Allah
SWT, semuanya dapat kami tepis dengan kekuatan dan kecekalan. Kami juga
berbangga kerana diberikan peluang dan ruang untuk menjadi salah seorang
munsyid di Malaysia dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiah melalui muzik yang
kami bawakan. Moga usaha murni kami diberkati ALLAH SWT.



Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *