IslamicTunesNews | EDARAN CD TAHMID LEBARAN PERCUMA DI TOL GOMBAK TEMPOH HARI

Program edaran CD Tahmid Lebaran percuma di Tol
Gombak tempoh hari

Kumpulan
nasyid, Inteam telah mengambil insiatif mengedarkan 800 keping album Tahmid
Lebaran kepada pengguna-pengguna jalan raya yang pulang ke kampung halaman masing-masing
secara percuma, semalam.
Menurut
Syah Inteam, aktiviti seumpama itu pertama kali dilakukan pihaknya sebagai
tanda berkongsi kegembiraan Aildilfitri bersama para pengguna jalan raya yang
pulang ke kampung.
Edaran CD Tahmid Lebaran dan krim penjagaan kulit halal percuma
Album
tersebut diedarkan bersama beberapa barangan lain termasuk krim penjagaan kulit
halal dan mesra umrah-haji, buku amalan harian serta baucer diskaun bermula jam
9 pagi tadi hingga jam 11 pagi di Plaza Tol Gombak bagi kenderaan yang menuju
ke Pantai Timur.
Lagu
Tahmid Lebaran merupakan single baru terbitan Inteam Records yang menampilkan
Raihan, Hijjaz, Rabbani, Inteam, Fareast dan Lah Ahmad.
Lagu lain
yang turut dimuatkan dalam album itu ialah lagu Ramadan Dua Zaman nyanyian
Inteam dan Nazrey Johani, Gema Mubarak, Ifthar dan Takbir Raya.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *