IslamicTunesNews | FRIENDTASTIC – Single Pertama “Marilah ke Sekolah” Dapat Pujian dari Timbalan Menteri Malaysia!

Single pertama dari FRIENDTASTIC, kumpulan band muzik cilik berusia dari 11 ke 12 tahun yang merupakan pelajar-pelajar dari beberapa sekolah rendah negeri utara Kedah, Malaysia mendapat sambutan hangat baik dari guru-guru dan murid-murid sekolah seluruh negara.

Malah Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Teo Neo Ching yang turut sama memberi komen, “hebatnya murid-murid kita,” dalam facebook beliau setelah di tag oleh setiausahanya.

Kini banyak sekolah-sekolah telah mula menjadikan lagu ini sebagai lagu rasmi dalam perhimpunan sekolah dan majlis-majlis keraian sekolah. Beberapa orang murid juga telah membuat ‘cover’ bagi lagu yang membuktikan bahawa lagu-lagu inspiratis sebegini boleh mendapat tempat di kalangan anak-anak jika mendapat promosi yang terancang.

Lagu “Marilah ke Sekolah” ini adalah cipataan sepenuhnya saudara Syed Samudera yang juga aktif dalam penciptaan dan nyanyian lagu-lagu berkonsep keislaman. Beliau juga adalah bapa kepada pemain drum kumpulan ini. Kumpulan ini bertuah kerana mendapat galakan sepenuhnya dari keluarga yang mana keyboardist dan gitar utama adalah juga anak kepada ibu dan bapa yang keduanya adalah guru.

Lagu-lagu inspiratif yang memberikan motivasi serta didendangkan oleh kalangan murid sekolah sepatutnya diangkat dan dimartabatkan agar anak-anak murid dapat berhibur dalam situasi dalam lingkungan umur mereka dan tidak terdedah kepada unsur-unsur melampau hendonisma atau hiburan yang tidak terkawal.

Single ini diterbitkan oleh Loonaq Records.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *