IslamicTunesNews | HAFIZ HAMIDUN MARHABAN WORID TOUR 2016

Hafiz Hamidun selebriti nasyid Malaysia

Hafiz Hamidun melangkah setapak lagi
dengan menjadi selebriti Malaysia yang pertama bakal berkolaborasi dengan
applikasi mikro blog paling popular, Twitter.

Kolaborasi
ini bakal menyaksikan pelancaran single terbaru beliau “Marhaban” akan
dilakukan secara interaktif dengan para pengikut beliau di Twitter pada 27 Mei
2016, kemarin
“Saya
akan membuat sesi soal jawab bersama peminat dengan menggunakan tag #TanyaHH
dan akan menjawab soalan-soalan tersebut menggunakan aplikasi Periscope” kata
Hafiz.
Para
peminat yang mengikuti sesi ini juga bakal menyaksikan Hafiz secara langsung
dari Afrika Selatan iaitu lokasi beliau bakal melancarkan single ini, bersempena
konsert sulung beliau di Ladium, Pretoria.

Single Hafiz banyak diminati di pasaran

Menurut Hafiz lagi, “Single ini
merupakan single pertama yang bakal dimuatkan di dalam album baru saya yang
ketujuh tidak lama lagi. Oleh kerana single ini bakal berada di pasaran pada
hari yang sama dengan konsert saya di Afrika Selatan, saya mahukan peminat saya
di seluruh dunia dapat mengikuti pelancaran ini secara interaktif, menerusi
twitter”.
Single
“Marhaban” boleh dimuat turun menerusi iTunes dan streaming oleh rangkaian
digital yang mengambil bahagian tepat jam 12 malam waktu Malaysia, 27 Mei ini.
Sementara
menantikan kemunculan single terbaru Hafiz, jom saksikan terlebih dahulu klip
video berikut:

Hafiz Hamidun – Janjiku
(Video Lirik Rasmi)


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *