IslamicTunesNews | HALAL DAN HARAM DALAM HIBURAN


Hiburan
sentiasa menjadi masalah kepada kita dan ramai di kalangan kita menganggap
hiburan itu haram. Tetapi yang pelik orang yang menganggap begitu pun tidak
dapat lari juga daripada hiburan.

Bagaimana sebenarnya
kedudukan hiburan dalam Islam?

Menyedari
topik ini penting, minggu ini diberi peluang kepada salah seorang pembaca yang
memanggil diri sebagai Pak Mat Kelate untuk menyuarakan pandangannya mengenai
hiburan di mana beliau menganggap hiburan itu haram secara mutlak dan kita
tidak boleh mendekatinya.
Beliau
dalam suratnya berkata, beliau tidak setuju dengan penulis kerana menganggap
ada hiburan yang dianggap halal. Pada pandangannya, hiburan itu apa pun
jenisnya adalah haram belaka.
Beliau
mendakwa tiada seorang ulama pun yang berkata hiburan itu halal.
Beliau
menulis, saudara pernah berkata hiburan itu makanan jiwa dan ia halal kerana
manusia perlu kepadanya.
Saya
tidak pernah mendengar ulama berkata begitu, sama ada ulama dalam negeri
mahupun ulama luar negara.
Jika
benar hiburan itu halal kenapa para ulama berkata sebaliknya.
Setahu
saya hiburan itu haram kerana ia melalaikan dan menyebabkan kita lupa untuk
beribadat kepada Allah.
Apa sebab
saudara bercakap bohong dalam agama? Saya tidak kisah jika saudara kaki
hiburan, tetapi takkanlah dosa yang saudara lakukan itu terpalit kepada orang
lain.
Saya juga
pada zaman muda dulu suka kepada hiburan, tetapi kini sudah tidak lagi berminat
kepada perkara maksiat itu kerana menyedari bahawa ia tidak baik dan ditegah
oleh agama kita.
JAWAPAN:
Dakwa Pak
Mat Kelate bahawa semua ulama dalam dan luar negara berkata hiburan itu haram
adalah tidak betul.
Memang
benar ada ulama berpendapat bahawa hiburan itu haram, tetapi apa yang
dimaksudkan oleh mereka ialah hiburan yang mempunyai unsur-unsur tidak sihat
seperti mengandungi kata-kata kesat, cerca, maki, carut, sumpah seranah, lucah
dan sebagainya.
Sebaliknya
jika hiburan bebas daripada unsur-unsur tersebut, menurut kebanyakan ulama
dahulu dan sekarang, ia adalah halal.
Malah ada
juga ulama berpendapat bahawa hiburan yang mempunyai dosa yang sangat kecil dan
sukar untuk menghindar daripadanya dibolehkan.
Contoh
hiburan yang dianggap halal ialah seperti mendengar lagu dan menonton filem
tidak mempunyai unsur-unsur yang dianggap haram dan memudaratkan kita.
Berhubung
ulama yang menganggap hiburan itu tidak haram, penulis menurunkan di sini
beberapa nama ulama muktabar dahulu dan sekarang sebagai bukti.
Di antara
ulama-ulama zaman dahulu yang menganggap demikian ialah Imam Syafi’i dan Imam
Al-Ghazali.
Diceritakan
Imam Syafi’i berhibur apabila mendengar lagu yang merdu. Beliau pernah bertanya
kepada anaknya waktu mendengar seorang penyanyi mendendangkan sebuah lagu.
Beliau
berkata: ”Apakah ia menghiburkan kau?”
Jawab
anaknya: ”Tidak.”
Mendengar
jawapan anaknya itu, Imam Syafi’i berkata, ”Kau tiada perasaan.”
Diceritakan
juga bahawa guru Imam Syafi’i, iaitu Imam Malik pernah merancang untuk menjadi
penyanyi pada zaman remajanya. Beliau membuat rancangan itu kerana terpengaruh
dengan seorang penyanyi yang sangat popular di Madinah pada zaman beliau itu.
Bagaimanapun,
ibu Imam Malik menyedari anaknya tidak mempunyai wajah tampan walaupun
mempunyai suara merdu menasihat beliau supaya kuburkan saja cita-cita beliau
itu.
Ibu Imam
Malik menasihatkan anaknya begitu kerana penyanyi pada zaman itu pun tidak
mencukupi dengan mempunyai suara merdu dan bakat, tetapi mesti juga mempunyai
wajah yang tampan.
Imam
Malik akur dengan nasihat ibunya itu dan akhirnya beliau mengalih perhatian
kepada pembelajaran agama terutama fikah sehingga dapat menjadi salah seorang
daripada fukaha empat mazhab yang termasyhur itu.
Di antara
ulama zaman sekarang yang menganggap hiburan itu halal ialah ulama-ulama
Al-Azhar. Ada mereka yang terbilang dari ulama kerajaan, ada yang terbilang
daripada ulama pembangkang dan ada juga yang terbilang daripada ulama bebas.
Mereka
ialah bekas Syeikh Al-Azhar, Allahyarham Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq dan
Syeikh Al-Azhar sekarang Syeikh Dr. Mohammed Sayed Tantawi (ulama kerajaan);
Syeikh Mohammed Al-Ghazali (ulama pembangkang) dan Allahyarham Syeikh Shaarawi
Metewali (ulama bebas).
Untuk
makluman Pak Mat Kelate, Syeikh Al-Ghazali mengaku bahawa beliau adalah peminat
penyanyi legenda Arab, Umm Kalthum.
Syeikh
al-Ghazali tidak menganggap pun suara Umm Kalthum sebagai aurat seperti
anggapan sesetengah ulama kita. Malah beliau juga tetap berminat dengan Umm
Kalthum walaupun tidak bertudung.
Meskipun
kebanyakan ulama dahulu dan sekarang menganggap hiburan secara khas dan seni
secara keseluruhannya tidak haram, tetapi ramai orang Islam di negara ini tidak
dapat menerima perkara ini.
Lebih
malang lagi ada juga orang Islam yang menganggap hiburan itu haram secara
mutlak seperti anggapan Pak Mat Kelate sendiri.
Mereka
ini menganggap hiburan itu tidak cocok dengan Islam. Ia kontradiksi dan tidak
boleh bertemu langsung dengan Islam.
Mereka
yang beranggapan begini mungkin samalah dengan Pak Mat Kelate di mana pada masa
lalu beliau pun sukakan hiburan dan baru meninggalkannya selepas menjadi tua.
Orang-orang
seperti ini membuat pengharaman ke atas diri sendiri selepas jemu dan puas
menikmati bermacam-macam hiburan pada masa muda dulu. Mungkin hiburan yang
tidak dibenarkan oleh Islam pun mereka telah melakukan juga.
Menganggap
hiburan itu haram selain berpunca daripada tidak memahami ajaran Islam secara
mendalam, terdapat juga penyelewengan dalam mengamal hiburan dalam masyarakat
itu sendiri.
Ini
terutama sekali apabila hiburan itu dikaitkan dengan komersial semata-mata
tanpa mengambil kira aspek-aspek nilai moral dan larangan agama.
Kerana
sebab inilah menyebabkan sesetengah ulama mengguna kriteria Sad Az-Zarai’i
secara keterlaluan. Sad Az-Zara’i ialah menutup punca yang menyebabkan orang
Islam boleh mengamal perkara-perkara yang boleh menjerumuskan kepada pedosaan.
Ulama-ulama
berkenaan menutup pintu menuju ke perbuatan dosa tanpa membezakan antara dosa
besar yang dilarang secara mutlak dengan dosa kecil yang boleh ditoleransikan
dalam Islam.
Justeru
muncullah tindakan mengharamkan menyanyi dan mendengar lagu, bermain muzik dan
mendengarnya. Begitu juga suara wanita dianggap haram walaupun untuk
memperdengarkankan al-Quran dalam musabaqah atau majlis-majlis tertentu. Malah
berlakon sama ada teater dan filem turut dianggap haram.
Sampai di
sini penulis percaya Pak Mat Kelate pun menyedari bahawa dakwaan beliau tidak
ada ulama dalam dan luar negara menganggap hiburan itu halal adalah tidak
tepat.
Perlu
dijelaskan bahawa penulis memberi jawapan kepada Pak Mat Kelate kali ini hanya
bergantung kepada ingatan saja tanpa merujuk kepada mana-mana kitab.
Jika
merujuk kepada kitab, sudah tentu penulis akan boleh menyebut banyak lagi nama
ulama yang sealiran dengan ulama-ulama di atas.
Selain
itu penulis juga ingin menasihat Pak Mat Kelate supaya tarik balik tuduhan
bahawa penulis berbohong dalam agama. Bagaimanapun, jika beliau tidak mahu
tarik balik pun tidak mengapa kerana penulis tetap mendapat pahala daripada
perbuatan beliau ini.
Cuma apa
yang ditakuti ialah bukan saja Pak Mat Kelate tidak mendapat pahala, tetapi
mendapat dosa percuma pula.


Artikel penuh http://ww1.utusan.com.my/


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *