IslamicTunesNews | HUFAZ NASHEED ASAL MALAYSIA SIAP RAKAM LAGU DI INDONESIA

Hufaz nasheed dianggotai 4 pemuda kreatif

Kumpulan
Nasyid Hufaz dianggotai oleh 4 orang pemuda yang mempunyai minat mendalam
terhadap irama yang mendidik jiwa. Idea asal penubuhan kumpulan ini dicetuskan oleh
saudara Amir Arshad pada tahun 2004 apabila beliau mendapat tawaran untuk merakamkan sebuah album nasyid
dengan Lacosta Records Entertainment.

Awal mula Hufaz berwajah baru

Bermula
tahun 2009,Hufaz yang berwajah baru bersatu hati untuk memperjuangkan irama
nasyid secara lebih serius telah menerima pelbagai undangan persembahan nasyid
dan selawat bagi pelbagai jenis majlis. Alhamdulillah pada tahun 2011 Hufaz
mendapat tawaran merakamkan sebuah lagu ciptaan Saudara Munif Ahmad (Hijjaz)
yang dimuatkan dalam album Kompilasi Lagu Nasyid Terbaik Hijjaz Records.
Kemudian Hufaz mendapat tawaran merakamkan album Selawat dengan Nasyeed.com selain
sebuah album mini bersama Loonaq Records.

Amir Arshad Ketua Hufaz bijaksana

Ketua
Kumpulan Hufaz, Amir Arshad bersama Mohd Aizat Jaafar, Mohamad Izwan Jaimi dan
Mohd Reezam Ibrahim bertekad untuk terus 
memperjuangkan
irama mendidik jiwa ini sebagai salah satu medan dakwah untuk membentuk masyarakat
dan memberi hiburan alternatif kepada pendengar.
Pengalaman Kumpulan Hufaz:
1-Roadshow
Anugerah Nasyeed.com.
2-Persembahan
Malam Anugerah Nasyeed.com.
3-Persembahan
untuk Program Assalamualaikum (TV Al-Hijrah).
4-Persembahan
pembukaan Rakaman ProgramAdik-Adikku (RTM).
5-Suara
latar kumpulan nasyid Raihan, Rabbani dan Hijjaz.
6-Persembahan
pentas bersama kumpulan-kumpulan nasyid Malaysia.
7-Wawancara
dengan radio RTM.
8-Rakaman
Suara untuk lagu-lagu Korporat & Program-program TV
9-Menjayakan
program Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya.
HUFAZ | Idolaku
(Official Music Video)
Album Kumpulan Hufaz:
1-Hufaz –Amaran
DariNya (2004)
2-Hufaz –Doa-doa
Harian (2005)
3-Hufaz –Surah
Lazim dan Zikir Munajat (2005)
4-The
Best of HRSB –Selagi Ada Waktu (2012)
5-Hufaz –Selawat
(2012)
6-Hufaz –Back
To Basic (2012)Lagi info mengenai Hufaz:Hufaz Team Event (002012157-A)


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *