IslamicTunesNews | INTEAM DENGAN WAJAH BARU

Kumpulan Inteam Munsyid yang
aktif di Malaysia

Kumpulan Inteam merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang
aktif di Malaysia.
Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyiddalam bahasa Melayu, bahasa
Inggeris
 dan bahasa Arab.
Kumpulan Inteam telah muncul dalam industri nasyid tanah air dengan lagu hits
mereka iaitu Kasih Kekasih sekitar tahun 2000 di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB).
Sejarah InTeam Nasyid Malaysia
Kumpulan ini juga seangkatan dengankumpulan UNIC, Aeman dan Mestica yang juga bernaung di bawah label yang
sama. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada bulan Januari 1998 ketika anggota
asalnya mula menuntut di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM)
. Pada waktu itu, mereka telah menganggotai kumpulan Husaini dan sering mengadakan persembahan
nasyid di universiti. Bermula dari situlah, mereka telah dilamar oleh kumpulan Hijjaz untuk menjadi artis naungan Hijjaz Music Entertainment.


Setelah mereka menandatangani kontrak bersama
Hijjaz Records pada 25
September 2000
, mereka cuba menjenamakan kumpulan mereka dengan pelbagai
nama. Akhirnya, mereka memilih Inteam sebagai nama kumpulan mereka kerana
nama tersebut lebih bervariasi dan mempunyai dua makna dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, In-Team bermaksud dalam kumpulan dan jika ditukarkan dalam bahasa
Melayu, nama tersebut akan menjadi Intim yang bermaksud rapat. Setelah memilih nama
tersebut, mereka telah merakamkan album pertama mereka yang berjudul Kasih Kekasih pada tahun 2000, terbitan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB) dan diedarkan oleh NAR Records Sdn. Bhd. Sejak dari itu, mereka terus mengorak
langkah dengan penghasilan album yang seterusnya sehinggalah mereka membuka
syarikat rakaman mereka sendiri iaitu Inteam
Records Sdn. Bhd.
 pada tahun
2005.
Setelah beberapa
kali tercalon pada majlis Anugerah Industri Muzik, akhirnya pada tahun 2010,
kumpulan In-Team berjaya merangkul anugerah menerusi lagu Dia Muhammad dan album Allahu Rabbi. Lagu Dia Muhammad diiktiraf sebagai Lagu Nasyid Terbaik
manakala album Allahu Rabbi diangkat sebagai Album Nasyid Terbaik
pada malam Anugerah Industri Muzik ke-17 yang berlangsung pada 2 Mei 2010 di
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Inteam mendirikan serikat sendiri
inteam records
Sekarang inteam mendirikan serikat
rakaman sendiri dengan nama inteam records, dengan nama baru ini serikat
rakaman inteam sudah cukup Berjaya di Malaysia, dan juga sudah Berjaya menghasilkan
artist-artist yang berkualitas.

mari dengarkan tajuk baru dari Inteam nasyid di https://www.youtube.com/watch?v=ihldllI-0SI.

Inteam – #SuratCinta (Official Music
Video)


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *