IslamicTunesNews | ISTIQAMAH

Melawan kemalasan itu ialah ISTIQAMAH. Memang bukan mudah nak istiqamah namun perlu bermujahadah dan doa pada Allah “ya Allah rezekikan aku ikhlas dan istiqamah”

TAUBAT

Syarat2 taubat nasuha (menurut imam nawawi)
1. Sesal (menyesal bersungguh-sungguh)
2. Meninggalkan dosa
3. Berazam tidak mengulangu dosa

Ciri-ciri sesal
1. Sedih dan sebak mengenangkan dosa2
2. Sakit hati dgn diri sendiri bila mengenangkan dosa
3. Menitis air mata
4. Benci dgn dosa2 lama

Amalan2 utk menghapuskan dosa
1. Doa dan pengharapan (Dunia, akhirat, selamat daripada musibah)
– cara Allah kabulkan doa:
– 1) Allah bg semasa di dunia
– 2) Allah tangguhkan sat, Dia bg masa akhirat nnt
– 3) Allah tak perkenankan doa kita kerana Allah telah selamatkan kita dari musibah

2. Istighfar (surah al-Imran:ayat 135)
3. Wudhuk (yang sempurna)
– pengambilan wudhuk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dpt menghapuskan dosa2 selagi tidak melakukan syirik.
– Rasulullah s.a.w. bersabda:
” Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W.: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhuk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yg telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yg terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh dari kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhuk, ia bersih dari dosa-dosanya.” ( Hadis riwayat Muslim)

4. Solat (makin kerap solat makin banyaklah dosa kita diampunkan)
5. Sedekah


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *