IslamicTunesNews | KISAH HIDUP ABG LONG FADZIL, BEKAS GENGSTER SINGAPURA SEBELUM TERIMA HIDAYAH

Watak ‘Abang Long Fadhil’ yang dilakonkan oleh Zizan Razak
memang wujud sebenarnya. Inilah dia wajah di sebalik Abang Long Fadzil yang
sebenar, bekas gangster Singapore yang telah bertaubat dan menerima hidayah
dari Allah. Mungkin tiada kena mengena dengan filem Zizan itu, cuma nama sahaja
kebetulan sama.

Abang Long Fadzil bercerita tentang masa silamnya

Melalui perkongsian video selama 50 minit di Facebook, Abang
Long Fadzil bercerita tentang masa silamnya dan bagaimana beliau terbuka hati
ingin kembali kepada Allah. Jadi kalau anda belum ada masa untuk tonton video
penuh ceramah Abang Long Fadzil, anda boleh teruskan membaca sinopsis kisah
Abang Long Fadzil di bawah.
Abang Long Fadzil adalah anak pertama dari tiga orang adik
beradik. Menurut beliau, beliau terjebak ke dalam kancah gangster adalah
disebabkan dari pengaruh keluarga beliau sendiri. Beliau masih ingat pesan
arwah nenek beliau di mana sebagai anak lelaki sulung, tanggungjawab beliau
sangat besar kerana beliau adalah bakal ketua keluarga dan bertanggungjawab
untuk keselamatan keluarganya.
Kenakalan Abang Long masa lampau
Beliau sangat nakal dan liar sejak dari usia remaja. Beliau
masuk penjara pertama kali pada umur 12 tahun kerana memukul budak yang dua
tahun lebih tua darinya dengan kayu dalam satu pergaduhan. Beliau tidak
menyalahkan rakan sebaya atau pengaruh luar yang menyebabkan beliau terjebak
dengan gangster. Tetapi beliau mengaku keluarga atau pakcik beliau yang
mengajar Fadzil menjadi jahat. Bapa-bapa saudara Fadzil lah yang mengajar Fadzil
untuk berkawan dengan kaum Cina di Singapura dan justeru itu, beliau terjerumus
dengan gangsterism.
Beliau mula mencacah tattoo dibadannya sejak usianya 12 tahun.
Tattoo pertamanya adalah namanya sendiri, Fadzil. Lama kelamaan tattoo beliau
makin bertambah di seluruh bahagian tangan kiri (umur 14-15 tahun), di bahagian
belakang badan dan di leher dan muka (usia 20-22 tahun). Menurut beliau, ketika
itu beliau tidak perlu membayar untuk servis tattoo berkenaan sebab rakan-rakan
yang tolong lukis. Beliau memberitahu kawasan paling sakit untuk dilukis tattoo
adalah di bahagian dahi dan leher kerana kawasan tersebut paling sensitif.
Fadzil kemudiannya bercerita tentang kehidupan ketika zaman
gangsternya. Beliau jujur berkata arak dan makan babi itu perkara biasa dalam
hidupnya dan babi itu antara makanan paling sedap yang beliau pernah makan.
Beliau juga selalu turut serta dalam pergaduhan antara geng gangster di
Singapura. Ada satu ketika, beliau terpaksa berdepan dengan 8 orang gangster
dalam satu masa kerana dua rakan beliau lari kerana takut. Memang ketika itu
beliau kena pukul teruk; telinga pekak sebelah, luka besar di belakang badan
dan luka di muka. Doktor ketika itu berkata kepada Fadzil yang kalau beliau
lambat 5 minit sahaja ke hospital, beliau pasti akan mati kerana luka
pergaduhan itu.
Penghijrahan beliau bermula sedikit demi sedikit. Beliau mula
meninggalkan babi dan arak kerana timbul rasa geli dengan kedua-dua benda haram
itu. Selepas meninggalkan arak dan babi, beliau mula kuat hisap dadah (Syabu).
Beliau pelik kerana ketika beliau sedang high kerana syabu, beliau boleh baca
doa dan solat. Tapi kalau tidak hisap syabu, langsung lupa tentang doa dan
solat. Dan ketika itu beliau tinggalkan syabu.
Abang Long berhijrah, berawal mdapat mimpi
Titik permulaan yang betul-betul buat Abang Long Fadzil mahu
berhijrah adalah melalui mimpi. Dalam mimpi itu, beliau sedang berada di tepi
pantai bersama rakan-rakan menikmati arak. Tiba-tiba satu ombak yang sangat
besar menuju ke arah mereka. Fadzil ketika itu memang tahu itulah hari kiamat
kerana beliau rasa ianya sangat real. Ketika beliau ingin
berlari, rakan-rakan beliau semuanya hilang dan ombak pun sudah tiada dan
beliau tiba-tiba berseorangan di tepi laut. Selepas bangun dari mimpi itu,
Fadzil tidak keluar rumah selamat sebulan kerana takut mati.

Sebulan selepas mimpi itu, ada rakan yang datang menemui Fadzil
dan mengajaknya pergi ke masjid. Dan ketika itu beliau terdetik, kalau duduk di
rumah pun boleh mati, kalau keluar pun boleh mati. Jadi beliau nekad untuk
keluar dari rumah. Permulaannya beliau keluar 3 hari untuk kembali mengenal
Allah tetapi tepat hari ke-40, baru beliau yakin kembali kepada Allah.
Abang Long
Fadzil Bersama Ustaz Azhar Idrus Dan Ustaz Sakaratulmaut
Fadzil bercerita perjalanan untuk berubah itu sangat susah
baginya. Beliau mengaku yang beliau ambik masa 8 bulan untuk menghafal surah
Al- Fatihah. Beliau sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kedua
untuk beliau bertaubat. Beliau sangat terharu kerana walaupun di waktu jahil
beliau dahulu seringkali beliau mengeji Allah, Allah tetap memberi beliau
peluang kedua untuk beliau kembali ke pangkal jalan.
“Saya dah biasa kena hina dengan orang sekeliling, dengan ustaz.
Kena sound cakap tattoo tak kena air, tak sah solat. Tapi saya pegang cakap
mak. Kalau orang susah minta tolong, tolong selagi boleh, kalau orang minta
sedekah, kasi selagi mampu,” kata Fadzil.
Rakan gangster Cina beliau menerima penghijrahan Fadzil 
Bila ditanya tentang rakan-rakan lama beliau, rata-rata kawan
gangster Cina beliau menerima penghijrahan Fadzil dengan baik. Tiada yang
mengeji tapi siap beri full morale support. Tapi tidak
bagi kawan Melayu Fadzil. Kebanyakkan kata Fadzil poyo dan hanya nak publisiti
murahan dengan penghijrahan ini walaupun tahu Fadzil telah berhijrah dan sudah
cuci tangan dari kancah gangster.
“Saya banyak kawan Cina. Saya selesa kawan dengan Cina. Cina
baik sebab orang Cina akan tolong kawan-kawan yang susah. Saya tak suka Melayu
sebab Melayu ini pendengki dan suka hina orang. Kalau nak tolong orang, orang
Melayu akan tengok wallet dulu,” tambah Fadzil. Menurut beliau, kawan ni ada bila
kita ada duit sahaja. Kalau tak ada duit, kawan pun hilang entah ke mana.
Dengan imej terbaru Abang Long Fadzil sekarang, polis sudah
jarang tahan beliau dan soal siasat beliau. Kalau dahulu, beliaulah orang
pertama yang kena petik kalau ada kes polis. Beliau bersyukur kerana pada usia
29 tahun, beliau dah kenal mana kawan, mana lawan. Beliau menambah kalau kaum
Cina, kalau isu duit, mereka akan tolong. Kalau Melayu, nampak duit mereka
makan dulu. Itulah perbezaan antara kawan Cina dan kawan Melayu beliau. Bukan
semua tapi majoriti kawan Melayu beliau begitu.
Bercerita tentang perasaan mendapat hidayah dari Allah, Fadzil
berkata kemanisan tu tak dapat digambarkan.
“Kemanisan dari Allah ni lain. Kalau manis minum kopi ni,
hari-hari kita minum kopi lama-lama kena potong kaki. Manis Allah ni dalam
hati. Tak dapat saya nak gambarkan macam mana,” kata Fadzil.
Di akhir temubual bersama Fadzil, beliau berpesan kepada semua
supaya jangan cepat judge orang lain. Jangan menghukum orang
lain umpama kita inilah yang paling baik antara semua. Kerana tugas menghukum
itu adalah tugas Allah dan bukan manusia. Yang terbaik adalah membimbing mereka
ke jalan yang benar dari kita terus menghukum mereka itu.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari temubual Abang Long
Fadzil ini. Hidayah itu milik Allah dan gangster besar seperti Fadzil pun mampu
berubah selepas mendapat Hidayah. Kalau anda mahu lihat video penuh ceramah
agama ini, boleh klik di sini. Never
too late
 untuk
seseorang itu bertaubat kepada Allah. Semoga kita semua mendapat manfaat dari
kisah Abang Long Fadzil ini.
Dikutip
dari http://www.thevocket.com/

Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *