IslamicTunesNews | Kisah Inspiratif Berkatnya Kambing dari Anjing!

Al kisah suatu ketika, Syeikh Ibrahim bin Adham pernah terlibat berdialog dengan salah seorang kafir zindiq yang tidak percaya akan kewujudan berkat.

Si Zindiq itu berkata bahawa, “Yang namanya berkat itu jelas tidak ada… Hanya sekadar mitos…!”

Mendengar itu, Syeikh Ibrahim lantas bertanya kepada dia :

“Pernahkah kau melihat anjing dan kambing…?”

Zindiq menjawab : “Ya, tentu… Aku sering melihatnya.”

Lalu Syeikh Ibrahim bertanya lagi kepadanya :”Menurut mu, mana di antara keduanya yang lebih banyak membiak dalam melahirkan anak-anaknya…?”


Dan si Zindiq menjawab, “Pastinya anjing kerana anjing boleh melahirkan, sampai 7 anak anjing sekaligus… Sedangkan kambing hanya mampu melahirkan setidaknya, hanya 3 anak kambing saja.”

Kemudian bertanya lagi Syeikh Ibrahim : “Cubalah kau perhatikan lagi di sekeliling mu, manakah yang lebih banyak populasinya antara anjing dan kambing…?”

Si Zindiq menjawabnya : “Aku lihat kambing jauh lebih banyak. Bahkan jumlahnya lebih banyak dibandingkan anjing…”

Syeikh Ibrahim berkata : “Bukankah kambing itu sering disembelih…? Ada yang untuk keperluan hidangan jamuan tetamu, sembelihan korban Idul Adha, acara aqiqah atau jualan istimewa dan hajat lainnya. Namun ajaibnya, spesis kambing tidak pupus bahkan jumlahnya jadi lebih banyak melebihi anjing…”

Dan berkata si zindiq : “Ya, ya, betul sekali…!”

Dan berkata lagi Syeikh Ibrahim : “Maka begitulah gambaran BERKAT…”

Si Zindiq menjawab : “Jika begitu, apakah sebabnya kambing yang mendapat berkat, bukan anjing…?”

Syeikh Ibrahim menjawab lagi dan kemudian menutup dialog itu, dengan jawapannya yang cukup menyentap si Zindik…

“Kerana kambing lebih memilih tidur awal pada waktu malam tetapi ia selalu bangun sebelum datang waktu fajar maka di saat itulah, ia mendapati waktu yang penuh dengan RahmatNya sehingga akhirnya turunlah keberkatan kepadanya.

Berbeza halnya dengan anjing yang sibuk menyalak sepanjang malam tetapi ketika di saat menjelang waktu fajar, ia pergi tidur sampai melepaskan saat-saat turunnya cucuran Rahmat Nya dan ia pun tidak mendapat keberkatan.

Nah… Itulah dia “BERKAT…!”

Saidina Sakhr pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 


“Ya ALLAH, berkatilah umat ku pada waktu pagi mereka…!” 
~ (Tirmizi, Abu Daud)
Photo by Derk Wessels on Unsplash

Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *