IslamicTunesNews | LAH AHMAD ASAL MALAYSIA MEMILIKI KEUNIKAN VOKAL TERSENDIRI


Lah Ahmad asal Kuala Lumpur

Siapa yang tak kenal Lah Ahmad munsyid
asal KL, Malaysia Memiliki keunikan vokal yang tersendiri melalui penguasaan
dalam teknik falsetto, ramai yang memilih beliau sebagai guru vokal, artis duet
dan juga suara latar. Lagu ‘Ayu’ yang sentiasa menjadi siulan pendengar sebelum
ini banyak melonjakkan nama pemuda yang berasal dari Petaling Jaya ini.

Beliau
yang dimaksudkan adalah Abdullah bin Ahmad atau Lah Ahmad, satu nama yang
cukup dikenali menerusi kumpulan Voices of Euphonious (V.E) suatu
ketika dahulu sebelum beliau mengambil keputusan untuk bergerak solo seterusnya
berhijrah dan muncul dengan karya-karya berbentuk Islamik pada tahun
2010. Kemudian beliau mula bergandingan bersama rakan-rakannya dalam
Al-Mawlid yang terdiri daripada bekas anggota kumpulan Ruffedge, VE dan
Innuendo. Beliau meneruskan karya-karya terbaiknya menerusi lirik dan lagu yang
memuji  kebesaran Allah dan keindahan akhlak Rasulullah SAW.


Lah Ahmad cukup bejaye di industri musik
Sepanjang bergelar anak seni, banyak
kejayaan yang diraih oleh beliau antaranya ialah Artis Inggeris Tempatan
Terbaik, Vokal Terbaik Juara Lagu 22 bersama Jaclyn Victor dan Vokal Terbaik di
dalam kumpulan.
Tahun 2014, beliau mengambil langkah berani
apabila tampil dengan album religi solo pertama berjudul Jalan Untuk Kembali di
bawah label Inteam Records. Album tersebut menghimpunkan lapan buah lagu segar
bersama dua trek bonus yang merupakan hasil sentuhan sepenuhnya oleh Lah
sendiri. Antaranya ialah lagu yang berkonsepkan R&B soul iaitu Syukur,
Salam, Ya Allah, KehadiranMu, Kau Tercipta, Nazam Tok Nenek, Agung dan banyak
lagi.


Promosi album sulung
Terkini,
beliau sibuk memenuhi jadual siri jelajah bagi mempromosikan album sulungnya
ini. Diterbitkan dan diedarkan oleh Inteam Records dengan kerjasama Sony
Music Malaysia, album ini  telah pun dilancarkan secara rasminya pada 26
Jun yang lalu bertempat di TalentLounge, Petaling Jaya. Dijual pada RM25.90,
album ini sudah pun berada di pasaran dan juga boleh didapati menerusi pembelian
atas talian dengan melayari 
www.inteammbile.com,
atau muat turun di portal muzik seperti iTunes, Spotify dan lain-lain lagi.

Lah Ahmad – Salam (Official
Music Video)

Jom
sokong dan ikuti perkembangan terkini beliau di facebook Lah Ahmad. Tim
NasyidKini merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Lah atas kelahiran karya
religi pertamanya. Semoga terus istiqamah dalam membina dan menyebarkan dakwah
di lapangan seni. 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *