IslamicTunesNews | LIMA ARTIS NASYID BERGABUNG DALAM ‘TAHMID LEBARAN’

Lima
artis nasyid Malaysia hasilkan lagu Hari Raya

Lima artis nasyid mencipta satu
kelainan sempena Syawal pada tahun ini apabila mereka bergabung untuk
menghasilkan sebuah lagu Hari Raya iaitu Tahmid Lebaran.
Lima
artis berkenaan ialah kumpulan Inteam, Rabbani, Raihan, Hijjaz, Fareast dan Lah
Ahmad.

Komposer dan penulis lagu itu Siso berkata, gabungan artis-artis berkenaan
cukup kuat untuk memastikan lagu tersebut menjadi malar segar seperti
karya-karya yang pernah dia hasilkan.

Tahmid
Lebaran
 akan
menjadi karya 
evergreen
 
“Saya percaya dengan gabungan artis-artis nasyid ini, lagu Tahmid Lebaran akan menjadi karya evergreen seperti yang pernah saya hasilkan
sebelum ini,” katanya kepada
 mStar Online pada pelancaran lagu berkenaan di
Restoran Puteri di sini.

Siso sebelum ini pernah menulis lagu Hari Raya antaranya  Nazam Lebaran nyanyian Datuk Siti Nurhaliza
dan
 Manis-Manis Lebarannyanyian
artis-artis Suria Records dengan menggunakan nama Nurul Asyiqin.

Ujar Siso, dia percaya lagu itu mampu untuk kekal menjadi karya malar segar
kerana elemen kemelayuannya yang kuat.

Dalam pada itu menceritakan mengenai karya tersebut Siso berkata, Tahmid Lebarandapat menambah nilai
keinsafan dan penghayatan terhadap Ramadan selain mendidik untuk menyambut
Aidilfitri dengan penuh kesyukuran.

Lagu terbitan Inteam Records itu turut dikuatkan dengan alunan rebana oleh Din
Besi dan Akordian daripada Wan Salehuddin.

Tahmid
Lebaran
 dijangka
menjadi lagu “evergreen” kerana keupayaannya mencipta karya yang diingati
seperti yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

Rujukan http://www.mstar.com.my/

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *