IslamicTunesNews | MALAYSIAKU MERDEKA TAMPILKAN HIMPUNAN ARTIS & SELEBRITI TERKENAL


Bersempena dengan sambutan hari
kemerdekaan ke-59

Bersempena dengan sambutan hari
kemerdekaan ke-58, Selayang Care bersama Majlis Perbandaran Selayang
menganjurkan program Malaysiaku Merdeka “Pray4Ummah” yang
akan membariskan selebriti-selebriti terkenal tanah air dari pelbagai
bidang dan latarbelakang, antaranya ialah kumpulan UNIC, Shoutul Amal,
Caliph Buskers, Salima Habibi (AF4), Mel Wings (bekas vokalis Wings), Wak
Mustar (Johan Kilauan Emas), Fynn Jamal dan Man Raja Lawak.
Selain daripada itu program ini juga turut menampilkan pendakwah selebriti
yang tidak asing lagi di kaca televisyen seperti Ustaz Don Daniyal, Ustaz
Harryanto, Ustaz Zamri (TV9), Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre, Ustaz
Halim Hafiz serta Adik Qayyim, finalis rancangan Adik-adikku TV1. Turut
sama akan memeriahkan lagi malam tersebut ialah penampilan istimewa pelakon
drama terkenal, Nasir Bilal Khan.
Program yang akan berlangsung di tempat letak kereta
Stadium Selayang pada 30 Ogos 2015 ini dijadual bermula seawal jam 5.00
petang dengan pertandingan “Merdeka Accoustic Battle” yang menawarkan
hadiah wang tunai kepada peserta. Aturcara sebelah malam dimulakan dengan
program 30 Minit Bersama Ustaz Don dan Ustaz Zamri yang dijadual bermula
selepas solat maghrib. Pengunjung digalakkan membawa sejadah untuk
sama-sama menunaikan solat jemaah Maghrib dan Isya.
Program ini dianjurkan sebagai salah satu alternatif
hiburan yang terpandu kepada anak muda Malaysia disamping membangkitkan
kesedaran ummah supaya lebih cakna dengan isu semasa dalam dan luar
negara.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *