IslamicTunesNews | MEMASYARAKATKAN PENGAJIAN SIFAT 20 DI KALANGAN UMMAH

PERLU CARA BARU DALAM
PEMBELAJARAN SIFAT 20

Islam diajarkan
kepada seluruh Nusantara menerusi pengajian Sifat 20. Sekiranya ada yang
mengatakan bahawa sifat 20 itu satu bidaah atau sesat, ianya seumpama ‘tin
kosong’, ujar Tuan Guru Abdul Raof dalam mukadimmah Daurah Asar (Tauhid) dalam
salah satu program Iktikaf Perdana anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia
atau singkatannya PERTAMA petang semalam di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.

Program Iktikaf ini merupakan salah satu usaha
ulama’ dan para alim yang berada dalam saf utama PERTAMA memasyarakatkan amalan
tarekat dan tasawuf yang kini semakin hilang terutamanya di kalangan generasi
muda.



Antara yang semakin runcing adalah Pengajian
Sifat 20 yang kini semakin banyak aliran-aliran luar masuk ke Nusantara dan
membidaahkan pengajian yang telah mengakar-umbikan asas amalan Islam di
Nusantara yang bertapak sejak kurun ke 15 lalu, sehinggakan masyarakat kini
ramai yang tidak mengetahui tentang adanya pengajian sifat 20 ini.



Justeru TG Abdul Raof juga mengajak para-para
alim ulama terutamanya dalam bidang tauhid memperbaharui cara-cara pengajian
termasuk memudahkan dan meng ‘update’ kan perkataan-perkataan dan penerangan
yang digunakan bagi pembelajaran ini agar tidak terlalu membosankan sehinggakan
ada yang tertidur semasa pengajian.



Rujukan http://tvtarekat.blogspot.co.id/





Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *