IslamicTunesNews | MESTICA MERUPAKAN GABUNGAN AHLI DARIPADA 3 KUMPULAN NASYID

MESTICA
gabungan ahli daripada 3 kumpulan nasyid

Kumpulan MESTICA telah ditubuhkan di
UiTM Shah Alam dengan dianggotai oleh 4 orang mahasiswa UiTM. Kumpulan ini
sebenarnya adalah gabungan ahli daripada 3 kumpulan nasyid yang pernah bergiat
aktif di kampus UiTM Shah Alam sekitar tahun 2000 hingga 2002 iaitu IS-ONE,
As-Syiffa’ dan Al-Wahdah.
Selepas pembubaran kumpulan-kumpuan
tersebut atas pelbagai sebab maka saudara Khairulnizam Zainol yang kini
mengetuai kumpulan “MESTICA”, telah mengambil inisatif untuk mengumpulkan
kembali bekas ahli kumpulan-kumpulan tersebut bagi meneruskan kesinambungan
irama nasyid di UiTM.
Mestica
sokong dan bombing kumpulan nasyid pemula di UiTM
Kumpulan Mestica juga memberi
sokongan dan bimbingan kepada kumpulan-kumpulan nasyid baru di UiTM seperti
kumpulan nasyid Skilas, Kolej Perindu. Hasil tunjuk ajar mereka telah berjaya
meletakkan kumpulan nasyid Skilas sebagai sebuah kumpulan nasyid yang popular
di kalangan pelajar-pelajar di Uitm Shah Alam, Pada peringkat awal penubuhannya
kumpulan ini pernah menggunakan nama “Ideal” dan “Mestika”. Namun selepas
menjalani ujibakat bersama pihak Hijjaz Music Entertainment (HME) dan diterima
menjadi anggota keluarga terbaru HME nama kumpulan ini ditukar sekali lagi
kepada nama “MESTICA”.

Album
kumpulan Mestica Malaysia
  • Sendu Sendawa (2004)
  • Layar Keinsafan (2005),
  • Tigasatutiga (313) (2007)

Album Sendu Sendawa merupakan album
pertama kumpulan Mestica yang diterbitkan pada 2004.
Album 313 menonjolkan lagu Badar 313 yang diberikan pengaruh muzik sedikit rock
dengan elemen gothic. Bermula dengan Segalanya Milik Mu di Trek1, pendengar
dihiburkan dengan irama nasyid kontemporari yang agak perlahan. Diikuti Hurul
Ain di Trek2 yang ditampilkan dalam rentak padang pasir yang rancak. Kemudian
kembali ke rentak yang sederhana perlahan dengan Nasuha di Trek3. Lagu Seruan
di Trek4 diberikan melodi agak patriotik itu lebih menarik dengan kesan khas
bunyi pada latarnya. Turut dimuatkan lagu bernada sedih Wajah Suci di Trek5
selain Muhammad Al-Huda di Trek6 dan Mimpi Yang Indah di Trek7.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *