IslamicTunesNews | MIZZ NINA NO MISS KINI PENDAKWAH

BINTANG Hip Hop yang sudah berhijrah Mizz Nina akan berkongsi
pengalamannya menjelajah garisan krisis kemanusiaan yang melanda umat Islam di
Asia Barat.

MIzz Nina akan muncul
dengan topik 
Helping The Ummah berfokuskan krisis kemanusiaan
di Syria serta nasib 20 juta umat Islam yang kini terperangkap dalam musibah
perang saudara.

MIZZ NINA

Sesuai dengan misi
peribadi, Mizz Nina yang kini aktif melaksanakan program kemanusiaan membantu
pelarian Islam di seluruh dunia, akan muncul berkongsi keadaan terkini di Syria
dan misi bantuan kemanusiaan bersama aktivis antarabangsa.
Mizz Nina akan berkongsi
momen-momen duka dan penuh tragedi dalam rancangan IntoTaqwa di TV Al Hijrah
pada Ahad 29 Mei  2.05 petang.
Mizz Nina yang baru
pulang dari perjalanan kemanusiaan di Sempadan Jordan/Syria bersama panel
Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Pengarah Islamic Relief Malaysia dan warga
Syria, Sheikh Isam Rejab.
Syria berdepan krisis
kemanusiaan terburuk dengan dua juta rakyatnya kini berada di sempadan Turki.
Manakala puluhan ribu menyeberangi lautan Mediteranean mencari suaka politik di
Eropah.
Selain Mizz Nina,
bagi anda yang ingin mendalami soal fekah berkaitan hak anak yatim, ikuti
kupasan peringatan mengenai dosa memakan harta anak yatim.
Peringatan penting
yang dikuliahkan Ustaz Ahmad Husni, akan menjelaskan secara terperinci isu hak
anak yatim melalui program Klinik D’Hijrah Ahad 7 pagi.
Peringatkan diri kita
berdasarkan perintah Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim,
sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka
pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.” [Surah an-Nisaa’ : 10]


Menjelang Ramadan
seminggu pasti ramai yang akan bertadarus. Lebih dahulu eloklah memahami Adab
Dengan Al Quran bersama 30 Minit Ustaz Don Daniyal pada Ahad 9 malam. Fahami
kedudukan Al-Qur’an sebagai kitab suci wahyu Allah.
Selain memenuhi
hujung minggu dengan memperkayakan khazanah ilmiah, jangan lupa bersama dua
program popular di TV Al Hijrah.
Motivator yang
terkenal dengan Jenaka Sinis Tapi Manis, Shamsul Debat akan muncul menyampaikan
ceramah dengan jenaka taglines viralnya *Antara Peluk & Seluk* dalam
hubungan rumahtangga yang bersiaran pada 11.30 pagi.
Program Shamsul Debat
pasti tidak akan lengkap tanpa disusuli #PenghijrahanFenomena Abang Long Fadil
yang akan mengisahkan pengalaman mimpi kiamat yang menyebabkan dia bersembunyi
selama sebulan di dalam rumah kerana takutkan mati.
Abang Long Fadil juga
berkongsi kifarah Allah terhadap dosa masa lalu dengan menguji taubatnya
apabila dia terpaksa menghabiskan tempoh lapan bulan untuk menghafal Al
Fatihah.
Program yang
menumpahkan airmata bekas gengster tersohor Singapura akan bersiaran pada Ahad
12 tengahari.
Jadikan Ahad anda
hari cuti untuk beramal dengan mengutip ilmu dan berkongsi peringatan dalam
meningkatkan iman dan taqwa.
Diambil
dari laman http://www.mynewshub.cc/

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *