“Kita sepatutnya sudah lama buat platform ini untuk majukan nasyid sedunia, takkan selamanya kita bergantung kepada google, facebook dan lain-lain platfrom media digital sedangkan himpunan konten-konten mereka bercampur-baur yang kebanyakkannya lari dari syariah Islam,” kata Ustaz Nazrey semasa berkunjung ke teratak Haji Rozman, founder IslamicTunes untuk rakaman hari raya dan perbincangan membuat rakaman khas single Nazrey oleh Loonaq Records.
“Setelah keluar dari Raihan, saya masih terus bernasyid tetapi secara solo di samping tumpuan lebih banyak untuk membina kompleks maahad tahfiz Bayu Shahadah dan berdakwah di negeri Sabah, iaitu negeri saya dilahirkan,” tambah Nazrey yang sebenarnya dulu seorang muallaf dan kembali pada Islam ketika remaja beliau.
Nazrey (ex-Raihan) Support IslamicTunes
“InsyaaAllah saya akan support IslamicTunes untuk jadi Komuniti Konten Muslim khususnya nasyid, audio dan video agar pertamanya kita dapat bersatu memartabatkan dakwah menerusi seni budaya dan mengekang budaya mungkar yang disebarkan menerusi hiburan berleluasa tanpa dapat dihalang,” ucap Nazrey mengakhiri pertemuan kami.
Loonaq Records dengan ini mempelawa munysid Indonesia untuk bergabung dan berkolaborasi dalam single yang sedang dirancang ini, dengan menghubungi secara private message di account facebook IslamicTunes.
Leave a Reply