IslamicTunesNews | PENTINGNYA KATEGORI ISLAMIC MUSIK DALAM DUNIA DIGITAL

Muzik Dalam Islam – Tiada Pengiktirafan?

Percayakah anda jika saya beritahu bahawa TIDAK ADA genre
musik Nasyid, Nasheed atau nasyeed dalam kategori metadata digital di peringkat
dunia sehingga kini? Hasil pemeriksaan saya (terhad hanya menerusi
internet) yang ada cuma di Malaysia, iaitu terwujudnya sebuah pengkalan data
bagi setiap audio dan video yang dibuat oleh Persatuan Industri Rakaman
Malaysia (RIM) menggunakan geran yang diperolehi dari Kerajaan Malaysia sekitar
tahun 2013 atau 2014 lalu yang dinamakan sebagai Data Rakaman Music
Malaysia (MRD). Namun begitu, platform ini hanyalah untuk kegunaan ahli RIM
sahaja dan masih ramai lagi rakaman-rakaman yang dibuat oleh penerbit konten di
Malaysia tidak menjadi ahli!
Jika anda pernah ada pengalaman untuk
mendaftar musik di iTunes, Google Play Store, Amazon, Spotify dll., anda sudah
tentu tidak dapat mendaftarkan atau memilih kategori Nasyid atau apa saja yang
boleh mendokumentasikan musik atau rakaman anda ini dalam genre yang sesuai,
kerana tidak ada yang berkaitan dengan Islam. Terdapat kategori bagi Kristian
musik, Gospel, Jews Music, Spritual (juga merujuk pada Jews) dan motivation
(juga merujuk kepada Kristian) tetapi yang saya katakan di atas, tidak ada satu
pun merujuk kepada Islamic Music, atau pun Nasyid.
Buat masa sekarang, kebanyakan musik
atau rakaman yang berkaitan Islam akan diletakkan di bawah kategori World
ataupun Arabic Music. Saya pernah bertanyakan pada wakil iTunes di Singapore
sekitar tahun 2014 lalu dan akhirnya mereka membuka satu lagi kategori yang
katanya, sekarang anda boleh meletakkan rakaman anda di bawah kategori khas
yang kami baru wujudkan, saya tanya Nasyid? Islamic Music? eh bukan, kategori
baru itu adalah INDONESIAN RELIGIOUS…aduhhh! kenapa allergic sangat dengan
nama ISLAM? 


Ada juga yang bertanya saya kenapa
beria-iya sangat mahukan kategori ini diadakan, jawab saya adalah:-
1. Rasa malu pada Allah SWT sebab musik
atau rakaman yang saya buat tidak memasyurkan nama Allah;
2. Menghilangkan rasa malu dan rendah
diri tidak bertempat di kalangan penggiat musik atau rakaman Muslim kerana
tidak diiktiraf sesuai dengan kategori dan jenis rakaman yang mereka buat, jadi
tak secara langsung dengan adanya kategori genre ini akan dapat memartabatkan
lagi agama Islam yang indah dan sempurna sehingga rakaman musik kita di
kategorikan secara jelas dan berdiri sama-rata dengan genre lain, malah lebih
baik kerana kita memuji Sang Pencipta, meraikan Nabi dan membawa unsur-unsur
pendidikan jiwa dan rohani yang total;
3. Yang ini ramai masih tak perasan!
Dengan memastikan kita memilih kategori yang tepat dan jelas iaitu di bawah
nama Islam, atau muslim, dapatlah kita sekurang-kurangnya mempertahankan
kesucian norma-norma susila insan dan ehsan manusiawi, yang fitrahnya memang
menyukai hiburan terutama kepada umat Islam sendiri. Bagaimana pula?


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *