IslamicTunesNews | SEKILAS PERJALANAN KARIER BYHAQ NASHEED ENTERTAINMENT


Assalamualaikum
Wr.Wb. Sahabat Nasheed…!
Kenal tak sama Byhaq Nasheed…? Nasheed Asal Malaysia.
Kalau ingin lebih kenal lagi, coba baca artikel perjalan karir Byhaq Nasheed
ini. Selamat mebaca..!

Sekilas tentang Byhaq Nasheed
BYHAQ NASHEED, merupakan suatu hiburan musik Islami yang
bercorak pada konsep atau genre haraki, jihad dan perjuangan sesuai dengan
namanya. BYHAQ ditubuhkan pada tahun 2012. Ini merupakan hasil kesinambungan
perjuangan KASTURI dari tahun 2005, KASTURI adalah penjenamaan semula pada nama
BYHAQ. Kami semua bersatu dan membentuk kumpulan ini semasa di kampus iaitu di
Kolej Islam Antarbangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan. Kami semua dari
pada bekas-bekas pelajar KIAS & KUIN. Kami merupakan generasi yang ke-5,
walau perjuangan kami sudah pun 10 tahun, namun wadah perjuangan kami tidak
terhenti disini, dari sini lahirlah nama BYHAQ. Usia kami dalam dakwah seni
suara sudahpun menjangkaui 10 tahun diantara gabungan
Kasturi-Byhaq. Sebelum ini kami banyak bergerak secara
“Underground” di Kampus KIAS, sekitar negeri kelantan & luar
negeri Kelantan. 

Byhaq Nasheed mempunyai jiwa enterpreneur. 
BYHAQ NASHEED ENTERTAINMENT membawa kelainan yang mana
bukan sahaja membuat persembahan nasyid semata-mata, mala menyediakan
perkhidmatan latihan mengajar vokal, mencipta lirik, pembekal peralatan
perkusi, grafik, video editing dan sebagainya. Antara lagu-lagu yang pernah
dihasilkan oleh KASTURI ialah menelusuri kecemerlangan (lagu rasmi
KIAS-direcords), Sinar Iman, Perjuangan, Ukhuwwah, Negara Makmur (KASTURI feat
Adik Qayyim-direcords) & Sinar Kaf. Kini hasil kata sepakat pada 2012,
apabila KASTURI tidak lagi bernaung dibawah HEP KIAS, kami semua untuk
memutuskan membawa perjuangan ini dengan lebih berani, jauh serta komersil.

Langkah awal Byhaq Nasheed dalam menciptakan lagu pertama.
Kami mencipta langkah pertama dengan lagu single pertama
berjudul “Mungkin Esok Aku Akan Syahid” iaitu pada Jun 2014# MEAAS
merupakan lagu hits, lagu ini hasil cetusan dan inspirasi daripada perjuangan,
perlawanan, kesatuan, kekuatan serta keteguhan rakyat mesir. Dr Morsi dan peristiwa
syahid di Rabaah. MEAAS dipilih menjadi yang utama untuk direkod selepas banyak
kali ditapis oleh lagu-lagu lain.
Seterusnya kami melangkah dengan lebih mantap dengan
merakamkan lagu single yang kedua iaitu “INFIRU” pada Oktober 2014
merupakan lagu yang membangkitkan semula semangat roh perjuangan Islam yang
menjadi viral. Lagu #INFIRU ada keunikannya dengan penuh ketelitian pada seni
liriknya serta ada kelainan pada elemen dan sentuhan muziknya. BYHAQ merupakan
kumpulan nasyid bergenre haraki, jihad, perjuangan yang mengubah muzik ke arah
membangkitkan semula roh perjuangan Islam untuk menegakkan panji kebenaran !
Dan terkini, BYHAQ dalam proses merakamkan sengle album ke -3 berjudul
“Demi Kebenaran” yang insyaAllah bakal diterbitkan tidak lama lagi.
BYHAQ dianggotai 5 orang anak muda berjiwa besar iaitu :
ROSAIRI,FAISAL,WAHID,LATIF & JALAL.
Thanks you..Wassalam….





Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *