IslamicTunesNews | TV ALHIJRAH STESEN TV ISLAM NOMBOR SATU DI NEGARA MALAYSIA


TV Alhijrah melakar sejarah tersendiri apabila menerima 128
kali ganda permohonan bagi mengisi 33 jawatan yang ditawarkan.
TV Alhijrah melancarkan Kempen Iklan bagi mengisi pelbagai
jawatan strategik pada Mei lalu.

Kempen
enam minggu itu dilancarkan sebagai usaha mencari bakat baharu untuk berkhidmat
dalam pelbagai jawatan profesional dalam bidang penyiaran dan pembekal
kandungan.

Setelah seminggu tarikh tutup permohonan pada 24 Jun lalu,
lebih 800 permohonan melalui pos dan 3600 permohonan melalui email diterima.

Ini
bermakna lebih 4,400 permohonan dan purata 128 calon bagi setiap jawatan!

“Petang tadi saya sempat meninjau proses mengkluster
permohonan mengikut jawatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan
Basar.

Menurut Izelan yang memulakan tugas menimpin stesen TV Islam
Nombor Satu di negara pada 1 April lalu, Bahagian Sumber Manusia kini mula
mengenal pasti senarai pendek bakat terpilih untuk panggilan temuduga.

“Kami
sedang membuat tapisan dan mengenal pasti resume calon yang berpotensi,” kata
Izelan.

Izelan yang berpengalaman selama 25 tahun dalam dunia
penyiaran, serta pernah berkhidmat di pelbagai stesyen TV antarabangsa meminta:
“Pada semua calon, doakan moga Allah mudahkan rezeki anda di TV AlHijrah,
Insyaallah.”
Daripada alhijrahnews.com

Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *