IslamicTunesNews | USTADZ FATHURI SALEHUDDIN MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

ecover
IslamicTunesNews- Ustadz
Fathuri salehuddin merupakan penulis yang cukup populer di Malaysia, beliau
sudah banyak menciptakan karya tulis berupa buku yang hasil tulisan dari beliau
sendiri, buku beliau yang sangat fenomenal berjudul mudahnya
menjemput rezeki 
sebuah buku yang menceritakan bahwanya
mudah sekali untuk menjemput rezeki.
Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah
apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya
Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh
penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha Pemberi
Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!
ada
pula janji menarik daripada Allah bagaimana untuk menambah rezeki. Bukan itu
sahaja, malah diberi pula formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berada di
tangan boleh terus berkembang. Bukan sekadar itu, Allah berikan lagi formula
bagaimana supaya rezeki yang sudah berkembang dan bertambah banyak tidak pula
musnah.
Saya
percaya dan rasa sangat yakin, dengan mengetahui formula ini, kita sudah
menemukan kunci bagaimana untuk keluar daripada kesulitan hidup khususnya
perihal rezeki.
Fakta ini akan mengubah paradigma ( cara berfikir ) kita.
Insya-Allah.
“Bukankah Allah SWT telah menjadikan sesuatu bagi kamu untuk
bersedekah? Sesungguhnya setiap tasbih ialah sedekah, setiap takbir ialah
sedekah, setiap tahmid ialah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah.
Memerintahkan kepada kebaikan ialah sedekah, melarang daripada kemungkaran
ialah sedekah bahkan melakukan hubungan bersama isteri kalian juga sedekah” (HR
Muslim)
komentar pembaca terhadap buku Mudahnya
menjemput rezeki:
“Pencapaian mutakhir seorang insan dalam berprestasi di atas
muka bumi ini ialah…apakah amalan atau pekerjaan yang sedang ditekuninya bisa
meraih ‘rasa senang di luar dan rasa tenang di dalam.’ Justeru pilihlah
pekerjaan yang diredhai Allah SWT dan disenangi oleh makhluk sahaja. Menjemput
rezeki adalah satu bentuk amalan paling beradab dalam mendapatkan kekayaan.
Menjemput jauh berbeza dengan mencari, memburu, merebut, apatah lagi merampas,
memeras atau memanipulasi.
Jika kita berniaga dengan orientasi menjemput rezeki, pastilah
Allah SWT redha dan manusia senang dengan bisnes kita. Buku ini adalah satu
modul latihan yang lengkap dan praktikal ke arah melahirkan usahawan muttaqin.
Mudah-mudahan bertambah bilangan OKB (Orang Kaya Bertakwa) di daerah tercinta
kita ini.
Dato’ Dr. Hj. Rusly Abdullah
“Semua orang mahukan rezeki. Ramai orang ‘bertarung’ untuk
mendapatkan rezeki. Tidak sedikit juga yang berkeluh kesah kerana tidak cukup
rezeki. Kerana itulah buku ini relevan untuk semua orang, terutamanya mereka
yang bergelar usahawan.
Idea yang ada di dalam buku ini memberikan perspektif yang
sungguh menyegarkan mengenai rezeki. Kesegaran itulah yang bakal membangkitkan
kekuatan baru bagi mereka yang ingin menggandakan apa yang telah perolehi
sekarang.
Dengan memahami dan mengamalkan idea ini, rezeki akan
‘mengerumuni’ anda – sehingga anda ‘terpaksa’ menerima rezeki, bukan lagi
berkeluh kesah kerana rezeki.” Tuan
Hj. Fadzli Yusof, 
Professional TrainerWriter.

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada
di jalan subur gg.ikhlas kec.Medan polonia juga bisa dikirim langsung,
sila hubungi +6285297335773



Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *