Berkata Syeikh Ibnu Attaillah Al Iskandary Rahimahullah,
“Rasa manis (enak)nya hawa nafsu yang telah menetap(memenuhi) dalam hati, adalah penyakit yang sulit untuk di ubati.”
Hati itu tempatnya Iman, Yaqin dan makrifat, ketiganya itu sebagai ubat penyakit hati yang timbul dari hawa nafsu, apabila penyakit itu sudah menetap dan menguasai/ memenuhi hati, maka tidak ada tempat untuk ubat. Di situlah letak sukar dan sulit mengubatinya sehingga sulit disembuhkan.
“Asal usul dari pada kemaksiatan, ghaflah (lupa pada Allah), syahwat (kesenangan), dan kemusyrikan itu sebab redha dengan hawa nafsu”
Berkata Syeikh Ibnu Attaillah Al Iskandary Rahimahullah, “ Tidak ada yang dapat menyembuhkan/mengeluarkan kesenangan nafsu (yang sudah menetap) dalam hati, kecuali rasa takut yang menggetarkan atau rindu yang menggelisahkan.”
Keinginan hawa nafsu yang sudah memenuhi hati itu sangat luar biasa pengaruhnya, maka untuk mengubatinya sangatlah sulit, hanyalah dengan rasa takut yang besar (menggetarkan) iaitu dengan berfikir tentang ayat-ayat Allah tentang balasan dan ancaman Allah, siksa bagi orang yang maksiat, ingat akan datangnya mati, dimasukkan dalam kubur, ditanya oleh malaikat munkar nakir, datangnya hari kiamat dan neraka. Atau rasa rindu yang sangat iaitu dengan berfikir tentang ayat-ayat Allah tentang kemuliaan dan kenikmatan yang diberikan kepada orang-orang yang ahli taat kepada Allah dan para kekasihNya, berupa surga dan kenikmatan yang lebih lagi di dalamnya.
Berkata Syeikh Ibnu Attaillah Al Iskandary Rahimahullah, “ Sebagimana Allah tidak suka dengan amal yang dipersekutukan dengan selainNya, begitu pula Allah tidak suka dengan hati yang dipersekutukan dengan selainNya. Amal ibadah yang dipersekutukan dengan sesuatu selain Allah tidak akan diterima oleh Allah dan hati yang dipersekutukan maka Allah tidak akan meredhainya.”
Amal yang yang dipersekutukan iaitu amal ibadah yang kemasukan salah satu dari tiga hal : Riya (amal yang kerana makhluk), membaik-baikan amal di hadapan manusia dan ujub (merasa besar dan baik amalnya sendiri).
Sedangkan hati yang bersekutu iaitu hati yang masih cinta kepada selain Allah dan masih mengharap dan takut atau masih bersandar kepada selain Allah. Dan Allah hanya menerima amal yang ikhlas kerana Allah dan Allah hanya mahu menghadapi orang yang dihatinya hanya ada Allah.
Sumber : Kitab Syarah Al Hikam
https://telegram.me/layarTemirBookstore
Leave a Reply