IslamicTunesNews | WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW

Diriwayatkan
bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada
hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada’). Pada
masa itu
 Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika
ayat ini turun
 Rasulullah
s.a.w.
 tidak begitu jelas
penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat
tersebut. Kemudian
 Rasulullah
s.a.w.
 bersandar pada unta
beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat
Jibril a.s. dan berkata: 

“Wahai Muhammad,
sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah
apa yang diperintahkan oleh
 Allah
s.w.t.
 dan demikian juga apa
yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu
kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan
kamu.”


Setelah
Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah
s.a.w.
 pun berangkat ke Mekah
dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah
s.a.w.
 mengumpulkan para
sahabat beliau, maka Rasulullah
s.a.w.
 pun menceritakan apa
yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar
hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita
telah sempurna. Agama kila telah sempurna.” 

Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka
ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci
pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke
malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat
yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan
mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis
sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama
kita telah sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu
Bakar ra. pun berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu
tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu
perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan
turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi
janda.”

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka
sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis
dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang
lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang
mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, “Ya Rasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati
banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau.”
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka
berubahlah mukaRasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu
Bakar ra.. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua
mereka yang menangis dan bertanya, “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu
semua menangis?.” Kemudian Ali ra. berkata, “YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat
ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar
ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua
telah dekat”.

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh
pingsan. Sementara ‘Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah s.a.w., ‘Ya Rasulullah, waktu itu saya
anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda
sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda.” Rasulullah s.a.w. berkata:
“Wahai ‘Ukasyah,Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada
Bilal ra., “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan
tongkatku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah
sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”  


Bersambung ke edisi ke-2





Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *